KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berdepan gandingan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada separuh akhir Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022, di Bangkok, Thailand, Sabtu,

Pilihan ketiga kejohanan Yew Sin-Ee Yi menewaskan pilihan utama Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia, 10-21, 21-17, 21-19, untuk mengungguli Kumpulan A manakala gandingan The Daddies muncul naib juara kumpulan B selepas tewas kepada Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China 21-13, 21-18.

Selaku juara kumpulan B, Yu Chen-Xuan Yi akan berdepan Fajar-Muhammad Rian di separuh akhir.

Satu lagi wakil negara yang mara ke separuh akhir, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing muncul naib juara kumpulan B dan menempah pertemuan dengan wakil China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

Beregu campuran profesional negara itu melangkah ke separuh akhir selepas menang mudah ke atas wakil tuan rumah Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran, 21-17, 22-20.

Berikut keputusan undian pusingan separuh akhir hari ini: 

Perseorangan lelaki:

-----------------------------

Jonatan Christie (INA) lwn Anthony Sinisuka Ginting (INA)

Viktor Axelsen (DEN) lwn Kodai Naraoka (JPN)



Perseorangan wanita:

-------------------------------

Chen Yu Fei (CHN) lwn Akane Yamaguchi (JPN)

Tai Tzu Ying (TPE) lwn He Bing Jiao (CHN)



Beregu wanita:

---------------------

Zhang Shu Xian-Zheng Yu (CHN) lwn Chen Qing Chen-Jia Yi Fan (CHN)

Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard (THA) lwn Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong (KOR)



Beregu campuran:

--------------------------

Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari (INA) lwn Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (THA)

-- BERNAMA