PUTRAJAYA: Berita gembira buat arena sukan negara apabila Jemaah Menteri hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM240 juta untuk pelaksanaan Program Podium bermula 2022-2025.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika mengumumkan perkara itu berkata beliau yakin peruntukan sebanyak RM60 juta setahun itu mampu membantu mempersiapkan kontinjen negara menghadapi beberapa temasya utama bermula tahun ini, sekali gus meningkatkan kecemerlangan sukan kebangsaan.
Antara temasya utama bakal dihadapi dalam tempoh peruntukan tersebut ialah Sukan SEA Hanoi bermula 12-23 Mei ini, Sukan Komanwel Birmingham (28 Julai hingga 8 Ogos), Sukan Asia Hangzhou (10-25 Sept), Sukan Para Asia (Oktober) serta Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.
Beliau berkata beberapa atlet Program Podium yang digugurkan atau tidak disambung kontrak kerana kekangan kewangan pada awal tahun ini, berpeluang ditawarkan kontrak baharu jika masih berpotensi untuk menyumbang pingat buat negara.
"Kita mendengar keluhan daripada para atlet yang ditamatkan kontrak, pencinta sukan tanah air dan kepimpinan persatuan sukan. Saya telah bawakan perkara ini ke Jemaah Menteri dan alhamdulillah mereka telah meluluskannya, insya-Allah kita kaji semula kontrak yang akan ditamatkan sebelum ini.
"Jemaah Menteri juga telah bersetuju supaya satu butiran projek baharu diwujudkan bagi Program Podium di bawah Peruntukan Pembangunan, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Perkara ini akan disusuli dengan (dikemukakan kepada) Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri," katanya pada sidang media di Menara KBS di sini hari ini.
Ahmad Faizal berkata kepimpinan tertinggi kementerian akan berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai perancangan perbelanjaan itu, antara lain cadangan mengenai penekanan khusus kepada sukan-sukan berpotensi besar untuk menyumbang pingat buat negara di temasya utama.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan MSN sebelum ini terpaksa mengecilkan jumlah atlet Program Podium bagi mengurangkan perbelanjaan kerana program itu tidak mendapat peruntukan dalam Belanjawan 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Oktober lepas.
Sementara itu, Ahmad Faizal mengesahkan bahawa Jemaah Menteri juga telah meluluskan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para Sukma 2022 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerusi konsep gelembung sukan yang akan dikendalikan oleh KBS sendiri melalui MSN.
Beliau berkata penganjuran Sukma dan Para Sukma perlu diteruskan bagi memastikan kesinambungan dan pembangunan sukan di peringkat negeri dilaksanakan secara konsisten agar negara tidak ketandusan atlet yang bakal menggantikan atlet di peringkat kebangsaan pada masa hadapan.
Dengan jangkaan sebanyak 12,000 orang menyertai edisi kali ini, Ahmad Faizal berkata penganjuran akan dilakukan mengikut dua fasa bagi Sukma dan Para Sukma untuk memastikan bilangan atlet dan pegawai terlibat pada satu-satu masa tidak terlalu ramai.
"Kos penganjuran dianggarkan antara RM35-RM40 juta...Penganjuran ini akan menggunakan kemudahan sedia ada yang digunakan semasa penganjuran Sukan SEA 2017 serta kemudahan milik KBS dan fasiliti kerajaan.
"Perincian lain seperti tarikh, jenis sukan dan jumlah acara akan diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma. Kita jangka temasya ini diadakan pada pertengahan tahun ini atau separuh kedua tahun ini, perlu teliti dulu kerana jadual tahun ini padat dengan pelbagai acara," jelasnya.
Kali terakhir Sukma diadakan adalah pada 2018 di Perak, manakala Sukma 2020 yang sepatutnya diadakan di Johor, terpaksa ditangguh beberapa kali berikutan pandemik COVID-19.
Jawatankuasa Tertinggi Sukma pada Oktober 2021 bersetuju menangguhkan Sukma Johor hingga tahun 2024, dan memutuskan supaya MSN menganjurkan Sukma dan Para Sukma 2020 di Kuala Lumpur tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022
Ahmad Faizal berkata, beliau yakin peruntukan sebanyak RM60 juta setahun itu mampu membantu mempersiapkan kontinjen negara menghadapi beberapa temasya utama bermula tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
MSN semak semula elaun jurulatih, atlet para badminton
Majlis Sukan Negara (MSN) akan menyemak semula pemberian elaun kepada jurulatih dan atlet para badminton yang berada dalam Program Podium.
Objektif Program Podium belum tercapai - Laporan Ketua Audit
Objektif utama Program Podium Sukan Elit (Program Podium) yang dilancarkan pada 2 Feb 2016 untuk membawa pulang pingat emas pada temasya Sukan Olimpik masih belum tercapai.
Dorongan, doa ibu bawa Ariana ke pentas Sukan Olimpik
Mula berjinak sebagai atlet seawal usia 10 tahun, Ariana kini enggan menoleh ke belakang dan terus memburu impiannya.
Khairul Anuar, Muhamad Zarif berisiko digugurkan daripada Program Podium
Peluang kedua tetap diberikan kepada mereka berdua untuk diserap ke dalam Program Podium, andai menampilkan prestasi terbaik selepas ini.
Kerajaan tidak tentukan status kontrak atlet secara silo - Ahmad Faizal
Jika peranan itu diambil alih, sudah pasti ia akan menimbulkan kesan tidak baik terhadap ekosistem pembangunan sukan tanah air.
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
KBS beri lampu hijau kepada MSN
Semua atlet akan melapor diri secara beperingkat dan perlu menjalani ujian swab sebelum dibenarkan berlatih seperti biasa di MSN.
Program Podium: Beberapa sukan, atlet bakal disingkir
Prestasi dan pencapaian 148 atlet dalam program tersebut akan dinilai dalam masa terdekat selepas berakhirnya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 hari ini.
Doping: Badang negara mahu cabar sampel B
Seorang atlet angkat berat negara gagal ujian doping yang dilakukan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) sebelum berlangsung Sukan Komanwel 2018.
Program Podium: Pegawai juga tidak terlepas tindakan - Dr Khairi
Laporan itu untuk menilai prestasi atlet yang diletakkan sebagai sasaran tetapi gagal menyumbang pingat dalam temasya sukan tersebut.