PUTRAJAYA: Dasar Pandang ke Timur dengan menjadikan Jepun sebagai sumber inspirasi adalah pilihan tepat delegasi Jawatankuasa Road to Gold (RTG) dalam usaha memburu pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang juga merupakan pengerusi bersama Jawatankuasa RTG berkata ini kerana Jepun adalah negara Asia yang telah banyak memenangi pingat emas di Sukan Olimpik.
"Apabila saya pergi ke universiti mereka di Universiti Sains Sukan Nippon (NSSU di Tokyo), galeri Dewan Kemasyhuran mereka saja menampilkan lebih 40 pemenang pingat emas di peringkat universiti.
"Bayangkan kita di peringkat negara masih memburu emas pertama. Mereka adalah pakar," katanya selepas Majlis Menandatangani Akuan Sokongan Kod Sukan Selamat bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di sini hari ini.
Hannah sebelum ini telah mengetuai lawatan delegasi Jawatankuasa RTG ke universiti berkenaan dalam misi melahirkan atlet yang mampu menghadiahkan pingat emas pertama untuk negara dalam temasya berprestij itu.
Turut menyertai delegasi ialah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli dan Penyelaras RTG Stuart Ramalingam.
Mengulas lanjut, Hannah berkata hasil perbincangan yang diadakan, presiden NSSU sedia memberikan komitmen kepada atlet negara yang berada di dalam projek RTG.
Ketika lawatan itu, Hannah berkata beliau mendapati Jepun amat menekankan soal pembangunan atlet dengan mencungkil bakat bermula seawal peringkat sekolah.
Beliau berkata pihaknya sedang meneliti pelan terbaik sukan negara untuk tidak hanya bergantung kepada sukan seperti berbasikal, badminton dan terjun dalam membuahkan pingat buat kontinjen negara di Sukan Olimpik.
NSSU memiliki rekod hebat dalam penghasilan atlet-atlet bertaraf dunia apabila sudah melahirkan 137 pemenang pingat untuk Kontinjen Jepun di temasya Sukan Olimpik serta Paralimpik, termasuk 41 pingat emas keseluruhan.
Pada Februari lepas, MSN dan MOM telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan NSSU yang membuka peluang perkongsian pengetahuan serta kepakaran berkaitan bidang teknologi sains sukan dan pendidikan jasmani dengan universiti yang dikenali sebagai "Nittaidai".
Malaysia yang menyertai Olimpik musim panas sejak edisi Melbourne 1956 setakat ini masih kempunan untuk meraih pingat emas dengan pencapaian terbaik sekadar empat perak dan satu gangsa di edisi Rio 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023
Hannah berkata, ini kerana Jepun adalah negara Asia yang telah banyak memenangi pingat emas di Sukan Olimpik. - Gambar fail
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Kertas Kabinet wujud sektor industri sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Kertas Kabinet berkenaan usaha mewujudkan sektor industri sukan dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
MyMHI'23 ukur tahap kesihatan mental belia - KBS
Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) dilancarkan hari ini bagi mengukur tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Moratorium jangka pendek bagi sebarang struktur pentas di padang Stadium Nasional
Satu moratorium jangka pendek telah dikeluarkan untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan akui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda FAM ketika ini.