awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jersi Faiz Subri bakal dilelong RM100,000

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
17/02/2016
13:28 MYT
Jersi Faiz Subri bakal dilelong RM100,000
Kelengkapan yang dipakai penjaring sensasi skuad Harimau Kumbang, Mohd Faiz Subri akan dilelong Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang.
Kelengkapan yang dipakai penjaring sensasi skuad Harimau Kumbang, Mohd Faiz Subri akan dilelong Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang.
Memetik laporan media tempatan, Bendahari kelab itu, Datuk M Murly, berkata kelengkapan yang dipakai Mohd Faiz ketika menjaringkan gol ala-ala Roberto Charlos itu akan dilelong pada harga permulaan sebanyak RM100,000.
Perkara ini diumumkan pada sidang media jaringan istimewa Faiz Subri yang berlangsung di pejabat ASPEN Group, sebentar tadi.
Kelengkapan itu termasuk jersi, seluar, stokin dan but bola Faiz.
Difahamkan, lelongan itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi pelaksanaan program pembangunan bola sepak bawah 16 tahun dan pencarian bakat muda bola sepak di negeri ini.
Menurut Murly, mereka akan mengumumkan perkara ini kepada peminat bola sepak melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Semalam, media antarabangsa dan netizen kagum dengan sepakan percuma yang dilakukan Faiz Subri dalam perlawanan bola sepak Liga Super 2016 di Stadium Bandaraya semalam.
#AWANInews Penyerang tengah Pulau Pinang Faiz Subri tandatangan jersi bertuah yang akan dilelong mulai RM100,000. pic.twitter.com/7i863WmZgo
— Astro AWANI (@501Awani) February 17, 2016
#AWANInews Hasil lelongan tersebut akan disalurkan sebagai dana FAP dan pembangunan bola sepak Pulau Pinang. #FaizSubri
— Astro AWANI (@501Awani) February 17, 2016
Jersi faiz subri hk pkai smalam stat lelong rm100,000 bhaiii
— Sepulllllll (@sepuikhwan) February 17, 2016
faiz subri sekarang famous kut hm sampai jersi pun lelong rm100,000 wowwww /p>— hanieeeey (@syahirahanie) February 17, 2016
Lepas wonder goal semalam Faiz Subri lelong jersi RM100k!!
— Arsyad Wahid (@AcadWahid) February 17, 2016
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Faiz Subri
#gol
#Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan