awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jersi KL City kalahkan JDT bernilai RM2,222

Sinar Harian
Sinar Harian
24/03/2025
00:30 MYT
Jersi KL City kalahkan JDT bernilai RM2,222
Baksniika menyifatkan jersi KL City milik Safee mempunyai sejarah tersendiri. - Foto Tik Tok Baksniika/Sinar Harian
SEORANG pemuda membuat kejutan apabila membeli jersi Kuala Lumpur (KL) City FC bagi edisi musim 2021 milik legenda bola sepak, Safee Sali dengan harga ribuan ringgit.
Kejutan tersebut dikongsi pengguna TikTok, Baksniika yang mendedahkan berjaya membida jersi milik bekas penyerang Harimau Malaya itu dan memenanginya dengan harga RM2,222.
Beliau pada mulanya mahu membida jersi skuad negara, namun terlepas dan kemudian mengintai untuk mendapatkan jersi KL City yang mempunyai sejarah tersendiri.
Ia susulan kejayaan skuad warga kota itu pernah menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi final Piala Malaysia empat tahun lalu.
“Sebenarnya saya yang beli jersi itu (jersi KL City). Saya sasar untuk (beli jersi) Harimau Malaya (Safee), tetapi tak sempat. Jadi saya dapat yang KL City.
“KL City ni hebat juga sebab satu-satunya pasukan yang dapat kalahkan JDT pada final,” katanya menerusi TikTok.
Sebagai rekod, KL City yang turut disertai Safee muncul juara Piala Malaysia 2021 setelah menewaskan skuad Harimau Selatan 2-0 dalam aksi final.
Baksniika menjelaskan bahawa, hasrat untuk memiliki jersi tersebut adalah untuk merasai dan menghargai barangan bersejarah.
“Terima kasih abang Safee kerana berkongsi kenangan jadi orang macam saya dapat beli, merasai dan menghargai barang-barang bersejarah ini,” katanya.
Safee ketika ini aktif melepaskan koleksi jersi-jersi miliknya dengan setiap pembelian perlu melalui proses bidaan, malah ada yang mencecah RM8,000 sehelai. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jersi
#safee sali
#jersi KL City
#Baksniika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan