awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johan 'Jojo Ghazali 'win' di gelanggang, hati rakyat Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2023
07:21 MYT
Johan 'Jojo Ghazali 'win' di gelanggang, hati rakyat Malaysia
Jojo yang mula beraksi di ONE Championship sejak Februari lalu, belum pernah mengalami kekalahan dalam kesemua lima pertarungannya. - Gambar/ IG johanghazali_
NAMA petarung muda negara, Johan 'Jojo' Ghazali semakin meniti di bibir rakyat Malaysia selepas mencatatkan prestasi membanggakan dalam arena sukan Muay Thai antarabangsa.
Bakatnya semakin disedari terutama selepas kejayaan menumpaskan Edgar Tabares, yang merupakan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, dalam penampilan sulung aksi Primetime US, ONE Championship pada Jumaat lalu.
Petarung yang baru berusia 17 tahun mewakili Gim Rentap Muaythai itu hanya memerlukan 36 saat untuk menundukkan lawannya menerusi 'knockout' pada pusingan pertama.
BACA: Johan Ghazali bakal buat penampilan pertama jumpa Edgar Tabares
BACA: Hanya 36 saat, Johan Ghazali tumpaskan Edgar Tabares
Johan Ghazali tumpaskan Edgar Tabares dalam 36 saat
Jojo yang mula beraksi di ONE Championship sejak Februari lalu, belum pernah mengalami kekalahan dalam kesemua lima pertarungannya.
Petarung remaja itu berjaya mencapai kontrak enam angka di ONE Championship dengan rekod tanpa kalahnya 4-0 dalam siri acara ONE Friday Fights.
Meskipun masih muda, Jojo dilihat sebagai bintang yang meningkat naik dalam sukan pertempuran tahun ini.
Malah, ada yang membandingkannya dengan Juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai, Rodtang Jitmuangnon.
View this post on Instagram
A post shared by ONE Championship (@onechampionship)
Menjadi sensasi dan tular
Selain aksi gagahnya pada pertarungan menentang Tabares, lebih menarik perhatian adalah sesi temu bualnya secara langsung di atas gelanggang, yang menyerlahkan karisma tinggi di sebalik usianya yang muda.
“My name, Johan, in Malay it means champion. I will forever be on a mission to prove and live by my name... I will... mark my words... I will be the youngest One Championship Champion ever. Insya-Allah.
"Thank you guys, thank you all the fans from Malaysia. Assalamualaikum Malaysia, what's up korang?!," katanya dengan diiringi senyuman.
Rakaman sesi temu bual berkenaan menjadi tular di laman sosial dengan ramai menyifatkan anak muda ini mempunyai masa depan cerah dengan pakej yang lengkap iaitu ketangkasan, bakat, wajah, penampilan dan keyakinan di gelanggang dan hadapan kamera.
Latar belakang
Menurut onefc.com, bapa dan ibu Jojo masing-masing adalah warga Malaysia dan Amerika Syarikat (AS). Bapanya berdarah campuran Melayu, Indonesia dan Jepun. Kedua-dua ibu bapanya bertemu ketika aktif dalam sukan itu di AS, justeru Jojo mendapat pendedahan sejak kecil.
Jojo dilahirkan di Sarawak dan mempunyai kehidupan yang agak normal, sebelum mula mendalami Muay Thai ketika berusia 10 tahun.
Topic Berkaitan
#Johan 'Jojo' Ghazali
#Muay Thai
#petarung muda negara
#latar belakang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan