awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tim Cook beli saham Nike bernilai AS$3 juta
ByteDance dijangka belanja AS$14 bilion untuk cip AI NVIDIA H200
Angkat nilai kemanusiaan menerusi lensa kamera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor Darul Ta'zim II tunjuk taring benam projek FAM-MSN

Bernama
Bernama
04/04/2021
20:20 MYT
Johor Darul Ta'zim II tunjuk taring benam projek FAM-MSN
Johor Darul Ta'zim II membuka jaringan pada minit ke-31 menerusi Fernando Rodriguez Ortega. - Foto Facebook/JOHOR Southern Tigers
SHAH ALAM: Johor Darul Ta'zim II membawa balik tiga mata penuh pada perlawanan tunggal Liga Premier malam tadi selepas menundukkan Projek FAM-MSN 5-0 di Stadium UiTM, di sini.
Pada separuh masa pertama, Johor Darul Ta'zim II mengasak kubu lawan bertubi-tubi yang menyaksikan Projek FAM-MSN hanya mampu bertahan agar tidak dibolosi.
Johor Darul Ta'zim II membuka jaringan pada minit ke-31 menerusi Fernando Rodriguez Ortega sebelum ketua pasukannya, Nicolas Alberto Fernandez menewaskan penjaga gol Projek FAM-MSN, Mohamad Nabil Asyraf Ramli, sekali lagi seminit kemudian.
Gol ketiga Johor Darul Ta'zim II diperoleh pada masa kecederaan separuh masa pertama menerusi pemain pertahanan Muhammad Firdaus Ramli.
Pada babak kedua, Fernando menambah jaringan Johor Darul Ta'zim II pada minit ke-56 dan ke-58 untuk melengkapkan hatrik buat dirinya semalam
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Johor Darul Ta'zim II
#FAM-MSN
#Liga Premier
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan