awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Pelancongan desa Selangor berpotensi jadi model rujukan nasional kempen TMM2026
Dos kelahiran vaksin Hepatitis B kekal dalam Program Imunisasi Kebangsaan - KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juara dunia Aaron-Wooi Yik calon Olahragawan 2022

Bernama
Bernama
28/06/2023
12:57 MYT
Juara dunia Aaron-Wooi Yik calon Olahragawan 2022
Juara bertahan beregu lelaki dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan antara calon yang tersenarai bagi merebut gelaran Olahragawan Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara 2022. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Juara bertahan beregu lelaki dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan antara calon yang tersenarai bagi merebut gelaran Olahragawan Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara 2022.
Menurut senarai akhir pencalonan yang dikeluarkan Majlis Sukan Negara, pasangan itu dicabar dua badang negara yang memenangi pingat emas di Sukan Komanwel 2022 iaitu Mohammad Aznil Bidin dan Mohamad Aniq Kasdan serta jaguh bina badan negara Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dan juara Kejohanan Snuker Amatur Dunia Lim Kok Leong.
Bagi kategori Olahragawati Kebangsaan pula menyaksikan pertembungan lima penjuru antara pemenang dua pingat emas gimrama Sukan Komanwel 2022 Ng Joe Ee, ratu terjun Datuk Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri (terjun), Nur Ain Syuhada Mohd Asri (petanque) dan Nur Amisha Azrilrizal (muay thai).
Sementara itu, pelumba basikal lebuh raya para Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin mengetuai pencalonan kategori Olahragawan Paralimpik Kebangsaan diikuti dua atlet powerlifting Jong Yee Khie dan Bonnie Bunyau Gustin, Cheah Liek Hou (badminton) dan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (renang).
Pemenang pingat emas renang Sukan Para ASEAN Solo 2022 Brenda Anellia Larry bersaing dengan Carmen Lim (renang) dan Nani Shahiera Zawawi (olahraga) bagi kategori Olahragawati Paralimpik Kebangsaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#juara dunia
#calon Orahragawan 2022
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan