Pemain pelapis perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mencuri tumpuan apabila menewaskan bekas pemain negara, Liew Daren pada saingan pembukaan Divisyen 1 Kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) 2020 di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, semalam.

Bekas juara remaja Asia yang muncul juara Divisyen 2, Jumaat lalu, bangkit daripada kekalahan set pertama 15-21 sebelum menang 21-14 dan 21-16 dalam pertarungan 'rubber-set' lebih sejam itu.

"Saya sudah menjangkakan saingan sengit tetapi tidak memikirkan lawan. Sebaliknya hanya mahu menampilkan persembahan terbaik pada setiap perlawanan.

"Sasaran adalah untuk muncul empat pemain terbaik dan kejayaan ini menyuntik semangat untuk memburu kejayaan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Seorang lagi pemain pelapis, Ng Tze Yong turut melakarkan persembahan cemerlang dengan menundukkan bekas pemain negara, Soong Joo Ven, 21-18, 21-12.

Dalam pada itu, pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia tidak menghadapi masalah untuk menewaskan naib juara Divisyen 2, Lim Chong King 21-14, 21-9 pada saingan pusingan awal.

Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soh Huat dan Shevon Jemie Lai terpaksa undur daripada kejohanan selepas Soon Huat mengalami kecederaan otot di bahagian belakang ketika ketinggalan 4-6 pada set kedua menentang gandingan muda Hoo Pang Ron-Cheah Yee See.

Soon Huat dan Jemie Llai menang set pertama 21-13.

BAM menganjurkan kejohanan jemputan itu secara tertutup bagi memastikan pemain negara kekal kompetitif susulan pembatalan beberapa kejohanan antarabangsan ekoran pandemik COVID-19.

Seramai 52 pemain termasuk lapan pemain profesional negara bersaing dalam kejohanan pusingan 'round-robin' yang berakhir Ahad ini.



Keputusan:

Perseorangan Lelaki:

Lee Zii Jia mn Lim Chong King 21-14, 21-9

Cheam June Wei mn Aidil Sholeh Ali Sadikin 21-18, 21-16

Leong Jun Hao mn Liew Daren 15-21, 21-14, 21-16

Ng Tze Yong mn Soong Joo Ven 21-18, 21-12



Beregu Lelaki:

Goh V Shem-Tan Wee Kiong mn Chen Tang Jie-Nur Firdaus Azman 21-8, 21-18

Aaron Chia-Soh Woo Yik mn Ooi Jhy Dar-Yap Roy King 21-11, 21-16

Goh Sze Fei-Nur Izzudin Muhd Rumsani mn Chang Yee Jun-Chia Wei Jie 21-19 21-12

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mn Choong Hon Jian-Loo Bing Kun 21-16, 21-16

Goh V Shem-Tan Wee Kiong mn Chen Tang Jie- Nur Firdaus Azman 21-8, 21-19

Chang Yee Jun-Chia Wei Jie mn Goh V Shem-Tan Wee Kiong 16-21, 21-12, 23-21



Perseorangan Wanita:

Soniia Cheah mn K. Letshanaa 21-13, 21-11

Eoon Qi Xuan mn Lee Ying Ying 21-14, 21-9



Beregu Wanita:

Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mn Anna Cheong-Toh Ee Wei 21-16, 21-11

Pearly Tan Koong Le-M.Thinaah mn Teoh Mei Xing-Yap Ling 21-12, 22-20



Beregu Campuran:

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mn Chen Tang Jie-Peck Yen Wei 21-18, 21-16

Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mn Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai 21-13, 4-6 (Bersara)

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mn Chen Tang Jie-Peck Yen Wei 23-21, 21-16



-- BERNAMA