awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Malam 15 Julai 'tegang' dan 'menakutkan' - Saksi
Pembukaan semula sempadan Rafah tingkat kemasukan bantuan ke Gaza
Ribut salji terbesar di AS dijangka jejaskan 120 juta penduduk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurgen Klopp tidak peduli tentang usia pemain

Astro Arena
Astro Arena
03/12/2016
03:10 MYT
Jurgen Klopp tidak peduli tentang usia pemain
Klopp tidak kisah menurunkan pemain muda, selagi mereka mempamerkan kemajuan. Gambar AFP
PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp, menegaskan tidak akan membiarkan faktor umur mempengaruhinya dalam menamakan kesebelasan utama tatkala dia bertekad untuk mengetengahkan bakat muda di kelab itu.
Klopp menurunkan beberapa pemain muda ketika Liverpool melakar kemenangan 2-0 ke atas Leeds United dalam saingan Piala EFL pada Selasa antaranya Kevin Stewart, Ovie Ejaria dan Trent Arnold.
Bagaimanapun, pemain berusia 17 tahun, Ben Woodburn mencipta namanya apabila meledak gol kedua Liverpool untuk muncul penjaring termuda dalam sejarah kelab itu.
"Saya tidak kisah menurunkan pemain muda, selagi mereka mempamerkan kemajuan," katanya pada Jumaat.
"Mereka semua lebih muda daripada saya. Semuanya berjalan dengan baik ketika ini. Saya menikmati setiap saat bersama mereka. Saya tidak pernah mengambil kira faktor umur.
"Jika kamu bermain dengan baik di peringkat awal, kamu akan memiliki karier panjang yang baik. Pada saya saat ini kami merupakan kelab yang bagus buat pemain muda.
"Mereka semua terlibat dalam perancangan saya. Pada saya mereka berumur 22 dan 23 tahun masih di anggap pemain muda.
"Kami perlu memberikan mereka situasi di mana mereka bersedia untuk diturunkan bila-bila masa sahaja.
"Prestasi naik turun adalah perkara biasa tetapi jika kamu diletakkan di bawah senario yang betul, kami yakin setiap pemain muda berpotensi untuk menjadi pemain yang mantap pada masa akan datang."
Topic Berkaitan
#ben woodbum
#jurgen klopp
#Liverpool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan