Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan bekas pemain tengah Selangor, S Veenod akan menyertai Kelantan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata KAFA bersetuju mengikat kontrak pemain berusia 29 tahun itu selama dua tahun bagi memperkuatkan The Red Warriors terutama di bahagian tengah.
"Veenod akan digandingkan dengan pemain tengah, Mohd Badhri Mohd Radzi dan Margaro Gomis yang masih kekal bersama dengan The Red Warriors pada musim depan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Bibi Ramjani berkata KAFA memilih Veenod untuk memperkuatkan barisan tengah kerana pemain berkenaan mempunyai kepantasan dan berpengalaman luas dalam arena bola sepak tempatan kerana pernah beraksi bersama Selangor dan Pulau Pinang.
"Saya berharap dengan kehadiran Veenod akan mampu menggerakkan jentera di bahagian tengah yang akan memberi lebih banyak peluang kepada barisan hadapan untuk membuat serangan tajam serta menjadi benteng menahan asakan pemain lawan," katanya.
Dalam pada itu, Bibi Ramjani berkata KAFA juga sedang berunding dengan beberapa pemain lain untuk disunting menjadi sebahagian daripada pemain The Red Warriors.
Beliau, bagaimanapun tidak mendedahkan pemain yang sedang diintai oleh KAFA itu untuk mengisi kekosongan dalam pasukan tersebut selepas penghijrahan beberapa pemainnya yang dilamar pasukan lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2017
Bekas pemain tengah Selangor, S Veenod akan menyertai Kelantan. - Gambar fail
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Ahli gabungan Kafa mahu Bibi Ramjani undur secara terhormat
Lepaskan jawatan secara terhormat atau berdepan dengan undi tidak percaya pada kongres tergempar persatuan itu dalam masa dekat.
Fajr Ibrahim kini pengarah teknikal TRW
Langkah membawa jurulatih dari Syria itu untuk mengemaskini semula perancangan Kelantan bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia, musim ini.
KAFA sahkan S. Veenod sertai Kelantan musim depan
KAFA setuju ikat kontrak pemain berusia 29 tahun itu selama dua tahun bagi memperkuatkan The Red Warriors terutama di bahagian tengah.
KAFA tumpu kepada pemilikan lesen dan perlawanan bertemu Melaka United
KAFA beri tumpuan kepada dua perkara penting sebelum melakukan perancangan berkaitan pembentukan pasukan Kelantan pada saingan Liga-M.