KUALA LUMPUR: Bermula dengan menjual jersi sempena Piala Dunia dan kejohanan bola sepak Eropah (Euro), dua sahabat kini boleh berbangga selepas jenama 'Kaki Jersi' yang diasaskan bersama pada 2014, berjaya menaja dua pasukan Liga Malaysia (Liga-M) 2021.
Ketua Pegawai Eksekutif Kaki Jersi Sdn Bhd Mohammad Harfat Rusman, menyifatkan kejayaan menjalinkan kerjasama bersama pasukan Liga Super Perak FC dan wakil Liga Premier Negeri Sembilan FC pada musim ini, sebagai permulaan terbaik dalam usaha mengangkat martabat jenama tempatan.
Jelasnya kepercayaan diberikan dua pasukan itu, diharap dapat membuka mata semua pihak tentang kewujudkan jenama tempatan, selain menangkis tanggapan negatif masyarakat terhadap mutu kualiti produk itu sekali gus memberi nafas baharu dalam ekosistem sukan di negara.
"Halangan (syarikat tempatan menembusi pasaran) memang banyak, kerana kita dibesarkan dengan jenama antarabangsa dan disebabkan kecenderungan kita melihat jenama dahulu berbanding kualiti serta harga.
"Kita mahu berusaha sehingga Kaki Jersi dikenali satu Malaysia, dan kalau boleh nak melihat jenama ini digunakan oleh pasukan kebangsaan. Itu impian dan cita-cita besar kami," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama, hari ini.
Pada masa sama, Ketua Pegawai Operasi Kaki Jersi Sdn Bhd Nor Akmar Ahmad berkata, pihaknya tidak hanya menyasarkan pasukan bola sepak, sebaliknya turut terbuka untuk menaja sukan lain dan juga kontinjen negara bertanding di luar negara.
Menurutnya dua negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand, merupakan antara contoh terbaik negara yang memberikan kepercayaan kepada jenama tempatan, untuk menaja jersi serta pakaian pasukan kebangsaan.
"Menjadi penaja kepada mana-mana pasukan negara menjadi antara impian besar kami, dan insya-Allah dengan kemajuan dicapai setakat 2020, tidak mustahil Kaki Jersi mampu berbuat demikian pada masa hadapan," katanya yang pernah berkhidmat dalam sektor awam sebelum mengambil keputusan memberikan tumpuan kepada perniagaan.
Kaki Jersi yang ditubuhkan Mohammad Harfat bersama Nor Akmar Ahmad kira-kira tujuh tahun lalu, mula beroperasi di sebuah bilik kecil di rumah keluarganya di Kampung Pandan, sebelum berpindah ke rumah kedai sebelum berjaya memiliki kilang sendiri pada 2019.
Jenama itu juga menjadikan platform liga bola sepak sosial sebagai batu loncatan, untuk membina empayar jenama pakaian sukan tersendiri, selain turut kerjasama dengan beberapa akademi bola sepak dan sekolah secara berterusan, bagi mengukuhkan lagi prestij jenama tersebut.
"Kita mulakan Kaki Jersi ini di sebuah bilik kecil di rumah ayah saya dengan sebuah 'heat press machine' serta sebuah mesin pencetak. Kemudian ia berkembang dari tahun ke tahun tanpa pengiklanan berbayar, hanya mulut ke mulut dan bantuan di media sosial," katanya.
Mohammad Harfat menyifatkan hubungan terjalin bersama pihak komuniti sebagai asas penting dalam kemajuan Kaki Jersi, dan berharap jenama itu mampu mengekalkan mutu kualiti serta keupayaan pengeluaraan, bagi memenuhi kepuasan pelanggan.
Selain menaja Perak FC dan Negeri Sembilan FC, Kaki Jersi turut menjadi antara penaja rasmi saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), serta turut menaja pasukan bertanding dalam liga itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 13 2021
Kaki Jersi ditubuhkan kira-kira tujuh tahun lalu, mula beroperasi di sebuah bilik kecil di Kampung Pandan, sebelum berpindah ke rumah kedai sebelum dan memiliki kilang sendiri pada 2019. --fotoBERNAMA
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
Kaki Jersi, jenama tempatan warnai Liga-M
Kerjasama bersama pasukan Liga Super Perak FC dan wakil Liga Premier Negeri Sembilan FC disifatkan sebagai permulaan terbaik dalam usaha mengangkat martabat jenama tempatan.