awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kami pertaruh nyawa, kata Hafizh Syahrin tagih kepimpinan bebas agenda luar

Astro Arena
Astro Arena
17/12/2022
22:00 MYT
Kami pertaruh nyawa, kata Hafizh Syahrin tagih kepimpinan bebas agenda luar
Hafizh Syahrin menyambung kontrak bersama pasukan Mie Racing Japan menjelang saingan WorldSBK musim depan. - Foto Astro ARENA
BEKAS pelumba MotoGP, Hafizh Syahrin Abdullah, menganggap seseorang calon itu haruslah menolak kepentingan individu sekiranya berhasrat menerajui sukan permotoran negara.
Pandangan itu mengulangi persoalan yang dilontarkan rakannya, Azlan Shah Kamaruzaman, berhubung kemalapan sukan permotoran kebelakangan ini.
"Ada yang betulnya kenyataan Azlan Shah kerana hanya ada 2-3 pelumba dalam saingan Asia," kata pelumba yang baru menyambung kontrak bersama pasukan Mie Racing Japan menjelang saingan WorldSBK musim depan itu di Nadi Weekend malam tadi.
Malaysia tidak kekurangan pelumba berbakat, sebaliknya memerlukan nafas baru segala dalam aspek pengurusan bagi memacu sukan permotoran ke pentas antarabangsa, sebagaimana kewujudan Petronas Raceline Malaysia pada awal pembabitannya dalam MotoGP pada 2011.
"Kenapa tidak boleh bantu sukan permotoran?
"Kami perlukan seorang pemimpin dalam permotoran ini yang bukan sahaja (beri sokongan) daripada segi kewangan, malah saling berjuang bersama-sama pelumba untuk sukan ini terus berkembang.
"Saya perlukan seseorang yang tidak pandang benda lain, cuma cuba membantu pelumba.
"Saya harap ada pasukan Malaysia seperti saya dulu, malah lebih lagi. Saya mungkin boleh tawarkan pengalaman kepada pelumba muda.
"Saya rasa sukan ini tidak boleh ada 'hal' luar masuk campur sebab pelumba sentiasa berikan (komitmen) lebih 100 peratus.
"Kami 'bermain' (mempertaruhkan) nyawa sendiri, jadi kami tidak main-main.
"Kalau dapat pengurusan dan pakej yang baik, mestilah kami mahu berikan yang terbaik," katanya.
Topic Berkaitan
#sukan permotoran
#Hafizh Syahrin Abdullah
#Pelumba MotoGP
#Azlan Shah Kamaruzaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan