BINTANG Tottenham, Harry Kane, tidak berselindung dengan hasrat mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Spurs, Daniel Levy, selepas mengakui sedang mempertimbangkan masa depannya di kelab itu.
Laporan di England minggu ini berkata Kane sedia meninggalkan Stadium Tottenham Hotspur selepas mengharungi musim yang sangat mengecewakan.
Kelab London utara itu di tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas 1-2 kepada Aston Villa semalam, dan mungkin terlepas tiket ke saingan Eropah musim depan sekiranya mereka kecundang kepada Leicester City dalam hari terakhir saingan 2020/21, Sabtu ini.
Produk akademi itu bersetuju bahawa dia berdepan detik persimpangan kariernya, Kane mengakuinya kepada bekas pertahanan England dan Manchester United, Gary Neville, di The Overlap: "Saya rasa pasti ada perbincangan yang boleh dilakukan dengan kelab. Saya mahu beraksi dalam kejohanan terbesar, dalam detik penting.
"Musim ini, saya sekadar menyaksikan Liga Juara-Juara (UCL), wakil Inggeris mempamerkan prestasi luar biasa dan ia adalah kejohanan yang saya mahu terlibat.
"Ini adalah momen dalam karier saya jadi saya harus merenung dan melihat kedudukan saya, mengadakan perbincangan yang baik dan jujur dengan pengurusan. Saya harap kami dapat mengatur pertemuan itu.
"Saya pasti dia ingin menetapkan perancangannya tetapi pada akhirnya, ia terletak di tangan saya sendiri, sejauh mana perasaan saya dan apa yang terbaik buat karier saya.
"Dia sering menawarkan kontrak kepada saya. Dia bersikap adil terhadap saya, tidak pernah mendesak saya memperbaharui kontrak, jadi kami hubungan kami berjalan dengan baik.
"Sejujurnya saya tidak pasti sejauh mana perbincangan itu akan berjalan kelak. Dia mungkin mahu menjual saya! Dia mungkin berfikir, 'jika saya mendapat £100 juta (RM587.3j) daripada (hasil penjualan) anda, mengapa tidak?'. Nilai saya mungkin tidak setinggi itu dalam tempoh dua, tiga tahun akan datang.
"Saya telah berada di sini selama 16 tahun jadi saya harap kami dapat mengadakan perbualan dengan baik dan jujur."
Kane meratapi tiga kekalahan final bersama Spurs, yang merupakan naib juara EPL pada 2016-17, tetapi dia masih belum memenangi sebarang trofi dengan kelab yang disertainya pada 2004 itu.
Walaupun mengakui kekecewaan tewas dalam perlawanan besar amat pahit untuk ditelan, kapten England itu tidak rela menyoroti kerjayanya dengan kegagalan.
"Kami begitu hampir (memenangi gelaran) dan mungkin situasi akan menjadi jauh berbeza, tetapi kami gagal merealisasikannya sebagai kelab," katanya.
"Kami belum memenangi sesuatu, kami tidak dominan sedangkan anda mengatakan kami memiliki pasukan terbaik sejak sekian lama.
"Sudah pasti apabila terdengar ulasan sebegitu ia sedikit sebanyak mengganggu saya. Ia menjadi azimat untuk saya cuba membuktikan pandangan orang adalah silap dan itulah hasrat saya dalam karier. Saya tidak mahu kami dianggap hanya menyerlahkan keajaiban selama semusim sahaja.
"Apabila anda mendengar banyak perkara mengenai kelab anda, ia tidak pernah mudah. Saya tahu bagaimana rasanya berusaha setiap hari, beraksi di samping bekerja keras bersama rakan-rakan -- baik dalam latihan, di gimnasium dalam usaha memenangi piala. Ia tidak menjadi kenyataan tetapi ia bukan bermaksud kami tidak segigih kelab lain."
Menurutnya lagi: "Kami menjelmakan beberapa detik yang menakjubkan, beberapa tahun yang mengagumkan untuk kelab ini jadi ada beberapa perkara positif yang terjadi tetapi profesion saya adalah untuk menang. Saya mahu menang.
"Saya tidak mahu mula menyesal ketika di penghujung karierkelak. Saya mahu menjadi yang terbaik. Saya tidak pernah memberi jaminan bahawa saya akan kekal di Spurs sepanjang karier.
"Orang mungkin melihat saya dan berkata, 'Dia sudah berputus asa untuk merebut piala'. Hakikatnya saya berasakan saya masih mempunyai karier yang panjang. Saya tidak terburu-buru, tidak terdesak untuk membuat keputusan.
"Saya rasa saya mampu menjadi lebih baik lagi, menghasilkan jaringan yang lebih baik daripada yang saya lakukan ketika ini. Saya tidak takut untuk mengatakan bahawa saya mahu menjadi yang terbaik, untuk berusaha mencapai tahap Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.
"Itulah tujuan saya: memenangi piala, menjaringkan 50, 60, 70 gol semusim. Itulah piawaian yang saya tetapkan sendiri. "
Astro Arena
Fri May 21 2021

Walaupun mengakui kekecewaan tewas dalam perlawanan besar amat pahit untuk ditelan, Harry Kane (gambar) tidak rela menyoroti kerjayanya dengan kegagalan.

Kampung Redang Panjang, Selama dilanda banjir kilat
Hujan lebat selama dua jam itu turut mengakibatkan air sungai melimpah ke jalan utama dan rumah berdekatan.

Cubaan Bunuh | Lelaki bersalah cuba bunuh Ratu Elizabeth dua tahun lalu
Seorang lelaki mengaku bersalah atas cubaan membunuh mendiang Ratu Elizabeth II, dua tahun lalu. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Jaswant Singh Chail, 21 tahun ditangkap di Istana Windsor pada 25 December, 2021, ketika perayaan Hari Natal.

Pencemaran Udara | Bangkok, 42 wilayah lain catat Indeks Udara Tidak Sihat
Jerebu menyelubungi Bangkok dan 42 wilayah di Thailand pada Jumaat apabila skala PM2.5 direkodkan melebihi paras selamat iaitu 50 mikrogram setiap meter padu Wilayah yang terjejas termasuk Nonthaburi, Samut Prakan, Ayutthaya, Buriram, Chiang Mai, Chiang Rai dan Chon Buri.

Rusia-Ukraine | Ukraine bimbang kemungkinan serangan dari Belarus
Ukraine melahirkan kesangsian selepas pasukan tentera udara Rusia yang terlibat dalam latihan bersama tentera udara Belarus tidak kembali ke pangkalan tetapnya meskipun latihan itu telah tamat Rabu lalu. Latihan yang bermula 16 Januari itu mencetuskan kebimbangan Kyiv mengenai kemungkinan Moscow akan mendesak Minsk menyertai perang menentang Ukraine.

Krisis Rusia-Ukraine | EU bakal kenakan sekatan baharu terhadap Rusia
Kesatuan Eropah (EU) mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan-sekatan baharu terhadap Rusia bermula 24 Februari 2023. Sekatan-sekatan itu merangkumi 10 tindakan antaranya mengenakan tambahan bagi harga siling buat produk-produk minyak keluaran Rusia.

Serangan | 21 maut dalam serangan di Sudan Selatan sebelum lawatan Pope
Sekurang-kurangnya 21 individu terbunuh dalam serangan bersenjata di Sudan Selatan sehari sebelum lawatan Pope Francis ke negara itu. Berdasarkan laporan media tempatan, mereka terbunuh dalam satu serbuan yang dilakukan individu bersenjata di ladang lembu di Kajo-Keji County di Equatoria tengah.

PRN Selangor | UMNO Selangor muktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi
UMNO Selangor sudah pun memuktamadkan jumlah kerusi dan kawasan ingin ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada Jun ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.

Tenaga Kerja | Malaysia fokus tangani kenaikan kos pekerja asing
Kerajaan sedang memberi fokus dan mengambil langkah yang serius dalam memastikan usaha untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini berjalan lancar. Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, kerajaan juga melihat dan akan cuba menangani isu kos kenaikkan yang dikenakan oleh sebahagian agensi pekerjaan di beberapa negara sumber seperti Indonesia agar pekerja yang bakal memasuki di negara ini tidak terlalu dibebani oleh kos yang terlalu tinggi.

Terminal Laut Dalam | Tiada lesen diberikan
Ditanya mengenai projek Terminal Laut Dalam atau Deep Sea Terminal bersaiz 481.5 hektar di luar pantai Arai, Melaka, yang menimbulkan kebimbangan berhubung isu ekologi Loke mengesahkan pihaknya tidak memberikan lesen bagi projek berkenaan.

Isu LRT | Bukan sebab tiada pakar – Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan menafikan dakwaan kekurangan pakar teknikal dalam kalangan anak tempatan jadi punca beberapa perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) sering rosak dan gagal diperbaiki. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan sedemikian tidak tepat dan dibuat secara umum, serta tidak mengambil kira punca sebenar masalah.

Conte seru Tottenham cipta rentetan kemenangan
Harry Kane menyamai rekod jaringan sepanjang masa milik Jimmy Greaves untuk Tottenham Hotspur.

Piala FA: Kane pacu kemaraan Tottenham
Jaringan Kane pada lima minit babak kedua itu telah menjadikan jumlah gol sepanjang bersama Tottenham kepada 265 gol.

EPL: Tottenham bangkit ikat Brentford
Gol awal Vitaly Janelt (15') dan jaringan jarak dekat Ivan Toney (54') sejurus selepas rehat meletakkan Brentford 2-0 di depan ketika Tottenham bergelut menangani asakan tuan rumah.

Piala Dunia: 'Tiada Kane, tiada England di Qatar 2022'
Henderson berkata, Kane akan kembali lebih kuat selepas terlepas sepakan penalti ketika England ditunjukkan jalan keluar.

Piala Dunia Qatar: Three Lions dalam kelas tersendiri benam Senegal
Gol yang terhasil menerusi jaringan Jordan Henderson, Harry Kane dan Bukayo Saka membuka laluan ke suku akhir untuk bertemu Perancis.

Piala Dunia: England gagal lebar rentak kemenangan
Skuad kendalian Southgate yang mengekalkan barisan sama ketika berpesta gol menewaskan Iran 21 Nov lalu, gagal menghadirkan impak positif.

Piala Dunia Qatar: Rooney yakin Kane mampu pecah rekod penjaring terbanyak England
Kane menuju ke kejohanan itu dengan 51 gol untuk Three Lions, ketinggalan dua di belakang rekod Rooney.

'Tottenham, tolonglah kekal fokus'
Tottenham terus memperkukuh kedudukan dengan mengumpul tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan.

Piala Dunia Qatar: Usah panik - Harry Kane minta penyokong England kekal tenang
Kane percaya pasukan itu mampu menghadirkan permainan yang berkualiti apabila Piala Dunia Qatar bermula November ini.

Kane luangkan lebih masa bersama saya berbanding isterinya - Son Heung Min
Son Heung-mun mengakui Harry Kane meluangkan lebih banyak masa bersamanya berbanding isterinya.