awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS akan jumpa PGNT, bincang isu gimnas Terengganu

Bernama
Bernama
12/10/2023
16:05 MYT
KBS akan jumpa PGNT, bincang isu gimnas Terengganu
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pada sidang media Inaugural Petrina Cup 2023 di Stadium Titiwangsa hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Gimnastik Terengganu (PGNT) dalam mencari jalan penyelesaian berhubung penawaran dibuat kepada atlet gimnastik wanita negeri itu menyertai sukan wushu.
Menternya, Hannah Yeoh, berkata pertemuan itu akan membincangkan solusi terbaik buat atlet terlibat susulan kerajaan negeri kekal dengan pendirian melarang penyertaan mereka dalam sukan gimnastik pada mana-mana kejohanan termasuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA).
"Saya telah menghubungi Presiden PGNT, Abdul Razak Mat Amin untuk kita tengok bantuan apa yang boleh diberikan bagi menyelesaikan masalah ini menerusi Majlis Sukan Negara (MSN).
"Hasrat kami ialah supaya anak-anak muda yang mahu terlibat dalam apa jenis sukan pun, kod pemakaian tidak seharusnya jadi penghalang untuk meneruskan impian dalam menceburi sesuatu sukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Gimrama Piala Petrina yang membuka tirai hari ini sehingga Ahad ini di Stadium Titiwangsa, di sini.
Hannah mengulas mengenai perkara tersebut susulan keputusan kerajaan negeri itu untuk tidak menyertai acara gimnastik wanita dan gimrama pada SUKMA 2024 di Sarawak disebabkan masalah pakaian tidak patuh syariah.
Sementara itu, Hannah, berkata pihaknya akan mengumumkan pengganti kepada bekas Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail sebelum hujung bulan ini atau bulan depan.
Ahmad Shapawi bersara wajib pada 28 Sept lalu selepas 35 tahun menyumbang bakti dan tenaganya bersama dengan agensi KBS itu.
Terdahulu, Piala Petrina iaitu kejohanan gimrama antarabangsa buat julung kalinya diadakan di sini telah menarik penyertaan 10 egara dan membabitkan lebih 600 peserta.
Kejohanan tersebut disertai gimnas dari Azerbaijan, China, Mesir, Jepun, Mexico, Singapura, Taiwan, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#isu gimnas Terengganu
#Hannah Yeoh
#PGNT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan