KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan akan terus menyokong jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Timbalan Menterinya Adam Adli Abd Halim berkata kementerian memahami situasi dialami Zii Jia ketika ini kerana sudah menjadi lumrah bagi setiap atlet yang mempunyai pasang surutnya.
"Saya percaya Zii Jia sebagai atlet yang banyak berjuang dalam kejohanan dan kebiasaannya (kalah menang) itu cabaran serta asam garam sebagai atlet.
"Bagaimanapun, kita yakin Zii Jia ada semangat kuat. Kita nak lihat Zii Jia bangkit sebagai salah seorang yang kita sandarkan harapan untuk ke Sukan Olimpik 2024 nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman penajaan oleh Co-opbank Pertama (CBP) dan pelantikan duta Kuala Lumpur Golf and Country Club kepada dua pemain boling wanita negara Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Natasha Roslan di sini hari ini.
Selepas disingkirkan pemain India Lakshya Sen 21-17, 21-13 pada pusingan pembukaan Terbuka Indonesia 2023 semalam, pemain ranking ke-11 dunia itu mengambil keputusan untuk berehat sementara waktu bagi mendapatkan semula motivasi, susulan prestasi merudum dipamerkannya sejak akhir-akhir ini.
Ditanya sama ada Zii Jia berdepan risiko digugurkan daripada Road to Gold (RTG), Adam Adli berkata pemain kelahiran Kedah itu akan diberi ruang untuk kekal dalam program tersebut dan pastinya dibantu jawatankuasa RTG bagi mereka meneliti segala kesulitan dihadapi juara All England 2021 itu.
Beliau berkata kesemua permasalahan lain dihadapi atlet tersenarai dalam program bertujuan memburu emas Olimpik sulung negara termasuk bagi mereka yang terkeluar daripada ranking sepuluh terbaik juga akan dibincangkan dalam satu mesyuarat RTG minggu depan.
Sebelum ini, jawatankuasa RTG menetapkan dua kriteria utama bagi atlet tersenarai dalam program tersebut dan berpotensi menyumbang emas pertama negara di Sukan Olimpik 2024 iaitu pemenang pingat temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selain tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik dunia.
Bagaimanapun, Zii Jia kini sudah terkeluar daripada senarai kelompok 10 pemain terbaik dunia manakala juara Terbuka Perancis 2022 Pearly Tan-M. Thinaah berada dalam kedudukan ke-12 beregu wanita dunia dan beregu campuran profesional Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula jatuh ke tangga ke-18.
Ketiga-tiga wakil badminton negara itu merupakan sebahagian daripada 15 atlet terpilih ke dalam RTG April lepas yang turut melibatkan jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun Datuk Pandelela Rinong.
Sementara itu, Adam Adli berharap agar penajaan CBP kepada Siti Safiyah Amirah dan Natasha akan mencetus inspirasi kepada syarikat korporat mahupun pihak luar untuk menaja atlet serta turut serta membangunkan industri sukan tanah air.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
Adam Adli berkata KBS memahami situasi dialami Zii Jia ketika ini kerana sudah menjadi lumrah bagi setiap atlet yang mempunyai pasang surutnya. - Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.