awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia mahu berehat

Sinar Harian
Sinar Harian
14/06/2023
09:02 MYT
Zii Jia mahu berehat
Dalam aksi di Jakarta, juara Asia itu terpaksa akur setelah kalah di tangan pemain India, Lakshya Sen 17-21, 13-21. - Sinar Harian
PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia memutuskan untuk berehat daripada arena badminton setelah tumpas dalam pusingan pertama Terbuka Indonesia pada Rabu.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Istora Senayan, Jakarta, juara Asia itu terpaksa akur setelah kalah di tangan pemain India, Lakshya Sen 17-21, 13-21.
Pemain berusia 25 tahun itu bagaimanapun tidak pasti tempoh masa yang perlu diambil untuk berehat.
“Lakshya bermain dengan baik hari ini (Rabu). Buat masa sekarang saya fikir mungkin perlu berhenti sementara daripada badminton.
“Tidak pasti berapa lama tetapi saya mahu berhenti seketika daripada badminton sehingga saya kembali mendapat motivasi.
“Saya akan berhenti dan berehat seketika,” ujar Zii Jia yang dipetik daripada laman web rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Zii Jia turut meluahkan rasa untuk tidak terlalu memikirkan mengenai pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
“Mungkin saya akan berhenti bermain dalam kejohanan. Saya tidak pasti berapa lama. Perkara ini saya sudah fikir agak lama.
“Sudah terlalu sukar untuk saya terus beraksi di gelanggang. Saya tidak boleh fokus 100 peratus.
“Ia adalah sesuatu yang baik untuk saya berehat. Keutamaan saya adalah untuk mencari semula keterujaan di gelanggang,” katanya.
Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut pemain dari Alor Setar, Kedah itu ketika ranking dunianya jatuh ke tangga ke-11 setelah tewas di pusingan awal kejohanan.
Sebelum ini, Zii Jia tersingkir pada pusingan kedua Masters Malaysia dan pusingan pertama Terbuka Singapura minggu lalu.
Ia juga adalah kekalahan ketiga Zii Jia di tangan Lakshya yang menang dua daripada tiga pertemuan antara mereka sebelum ini.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#badminton
#Terbuka Indonesia
#zii jia berehat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan