awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS laksana kelas renang untuk kanak-kanak golongan B40

Bernama
Bernama
14/03/2023
12:51 MYT
KBS laksana kelas renang untuk kanak-kanak golongan B40
Program itu dijangka dilancarkan bulan ini yang akan memberi faedah kepada 1,600 kanak-kanak berumur antara tiga hingga 12 tahun yang terdiri dalam kalangan keluarga B40. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan program kelas renang yang bersifat pendidikan sukan di beberapa negeri terpilih dalam usaha memastikan kemahiran renang dapat diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata program itu dijangka dilancarkan bulan ini yang akan memberi faedah kepada 1,600 kanak-kanak berumur antara tiga hingga 12 tahun yang terdiri dalam kalangan keluarga B40.
"Program berkenaan akan dilaksanakan sepanjang tahun di negeri yang mencatatkan kadar kematian tinggi akibat lemas. Berdasarkan data sedia ada, kira-kira 500 kes lemas melibatkan kanak-kanak dilaporkan setiap tahun.
"Oleh sebab itu, saya meminta KBS untuk memastikan infrastruktur... kolam renang yang dimiliki oleh kerajaan kita akan guna untuk membantu golongan B40 menghadiri kes secara percuma," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurutnya dengan langkah itu, kes lemas semasa cuti sekolah dapat elak serta dikurangkan dan kementerian sedang meneliti kawasan yang dipilih nanti mempunyai data yang tinggi menunjukkan kanak-kanak di kawasan itu tiada tempat untuk rekreasi atau bermain.
Sementara itu, peruntukan bagi KBS dalam Belanjawan 2023 lulus di peringkat jawatankuasa hari ini.
Rang Undang-undang Perbekalan 2023 bagi kementerian itu lulus dengan suara majoriti selepas dibahas 17 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Antara Ahli Parlimen yang terlibat dalam perbahasan itu ialah Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah), Syerleena Abdul Rashid (PH-Pulau Pinang) dan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2023
#golongan B40
#Kanak-kanak
#kelas renang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan