KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil kekal menjadi venue bagi aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Oman, selepas keadaan padang didapati berada pada tahap baik.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Noor Azman Rahman pada Jumaat, kurang tiga minggu menjelang aksi pada 10 malam, 26 Mac itu.
Keputusan itu dibuat selepas lawatan bagi meninjau keadaan terkini oleh Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Datuk Hans Isaac bersama-sama ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon serta barisan kejurulatihan, pada Khamis.
"Hasil pemeriksaan dan penilaian pada lawatan tersebut mendapati bahawa persediaan padang menjelang aksi pada 26 Mac ini adalah mengikut jadual dan kondisi rumputnya dijamin akan berada pada tahap yang terbaik untuk aksi menentang Oman itu nanti," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Sebelum ini, timbul persoalan mengenai keadaan padang di stadium keramat skuad Harimau Malaya itu selepas beberapa konsert diadakan di venue berkenaan.
Sementara itu, Noor Azman berkata tiket bagi perlawanan berkenaan akan mula dijual esok secara dalam talian di www.tickethotline.com.my, dengan harga tiket bagi semua kategori dikekalkan seperti aksi pertama Kumpulan D ketika mengatasi Kyrgyzstan 4-3 pada November lepas.
"Bagi kategori tiket Terbuka, harga ditetapkan pada RM40 untuk dewasa dan RM5 kanak-kanak bawah 12 tahun, RM60 bagi tiket Grandstand dan RM80 bagi tiket Premium," katanya.
Skuad Harimau Malaya telah menjalani kem latihan pusat di Wisma FAM pada Jumaat, bagi persiapan menghadapi perlawanan ketiga Kumpulan D menentang Oman di Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat pada 21 Mac, sebelum pulang ke tanah air bagi perlawanan keempat di Bukit Jalil pada 26 Mac.
Selepas dua aksi menentang pasukan di ranking ke-72 itu, Malaysia akan bertemu Kyrgyzstan (6 Jun) di tempat lawan dan kembali menanti kedatangan Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Sebelum ini, timbul persoalan mengenai keadaan padang di stadium keramat skuad Harimau Malaya itu selepas beberapa konsert diadakan di venue berkenaan. - Foto fail/BERNAMA
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Ranking Harimau Malaya jatuh ke-138 dunia
Skuad negara jatuh enam anak tangga daripada kedudukan ke-132 dunia kepada 138 dunia.
Komisioner Perlawanan FIFA tak benarkan berlatih di SNBJ - Hannah
Keputusan itu dibuat mengambil kira keadaan cuaca yang sering hujan di waktu petang dan malam sejak kebelakangan ini.
Malaysia-Oman: Pan Gon tuntut janji padang dalam keadaan terbaik
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon menuntut janji yang diberikan bahawa kualiti padang akan berada dalam keadaan terbaik.
Kelayakan Piala Dunia: Jurulatih Oman nak tengok dulu keadaan padang
Oman tidak melatah di sebalik desas-desus mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi perlawanan Selasa ini.
FIFA batal perlawanan kelayakan Piala Dunia Korea Utara, Jepun
FIFA berkata bahawa perlawanan kelayakan Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang tidak akan diadakan.
Kelayakan Piala Dunia: 'Sergio Ramos China' bersara akibat terlalu kecewa
Ketua pasukan China, Zhang Linpeng sukar menerima hakikat kegagalan pasukan kebangsaannya membenam Singapura kelmarin.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Nepal medan Harimau Malaya panas badan
Sembilan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) selain Dion Cools akan mula menyertai skuad Harimau Malaya esok.
FAM tetap pendirian kekal puas hati dengan keadaan padang SNBJ
FAM tetap dengan pendirian berpuas hati dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan digunakan menjelang perlawanan Malaysia menentang Oman.
PSM pastikan kualiti padang Stadium Nasional bersedia untuk aksi Oman - Hannah
Hannah yakin Perbadanan Stadium Malaysia akan memastikan kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil bersedia untuk aksi skuad Harimau Malaya menentang Oman.
Di mana kedudukan ranking Harimau Malaya selepas atasi Chinese Taipei?
Berdasarkan kedudukan semasa ranking di footranking.com, Harimau Malaya kini jatuh satu anak tangga ke kedudukan ke-130 dunia.