SUKAN
Kedah Darul Aman persiap pasukan sertai Liga A1 Semi-Pro

KDA memulakan penstrukturan semula pengurusan, termasuk perancangan strategik jangka pendek dan panjang untuk memastikan kestabilan kewangan dan prestasi pasukan. - Stadium Astro
KEDAH Darul Aman (KDA) hari ini mengumumkan pasukan itu dalam proses persiapan serta sedang menyediakan pasukan bagi menghadapi saingan Liga A1 Semi-Pro bagi musim 2025/26.
Ringkasan AI
- Penyertaan dalam Liga A1 Semi Pro: KDA FC sedang dalam proses menyertai Liga A1 Semi-Pro bagi musim 2025/26 selepas gagal memperoleh lesen kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super.
- Penyelesaian Isu Tunggakan Gaji: Pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Mohd Daud Bakar, mengadakan pertemuan dengan pemain dan kejurulatihan bagi mencari solusi terbaik untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji secara adil.
- Penstrukturan Semula Pasukan: Kelab memulakan penstrukturan semula pengurusan, termasuk perancangan strategik jangka pendek dan panjang untuk memastikan kestabilan kewangan dan prestasi pasukan.
"Kelab Bolasepak Kedah Darul Aman (KDA FC) ingin memaklumkan bahawa kelab kini sedang dalam proses menyertai dan akan mempersiapkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Al musim 2025/2026.
Iklan
"Langkah ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kelab untuk memastikan kelangsungan dan daya saing KDA FC dalam arena bola sepak negara.
"Sehubungan itu, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, selaku pemilik majoriti KDA FC, akan mengadakan pertemuan bersama bekas pemain, barisan kejurulatihan dan kakitangan kelab dalam masa terdekat.
"Pertemuan ini bertujuan mencari solusi dan penyelesaian kepada isu tunggakan gaji secara teratur dan adil, demi menjaga kebajikan serta profesionalisme semua yang terlibat.
Dalam pada itu, Kedah juga telah memulakan proses penstrukturan semula pasukan selain sedang melakukan perancangan strategik jangka masa pendek dan panjang untuk pasukan itu terus wujud dalam peta bola sepak negara.
"Dalam usaha membawa kelab ke tahap yang lebih baik, pihak KDA FC turut memulakan proses penstrukturan semula pengurusan kelab.
"Pelantikan barisan pengurusan baharu bukan sahaja akan menumpukan kepada penyelesaian isu-isu tertunggak, malah akan merangkumi perancangan strategik jangka pendek dan panjang.
"Fokus utama adalah untuk memastikan kestabilan struktur pengurusan, komersial dan kewangan kelab, seiring dengan usaha memperkukuhkan prestasi pasukan di atas padang.
"KDA FC komited untuk membuka lembaran baharu yang lebih tersusun, telus dan mampan dalam segala aspek operasi kelab. Pihak pengurusan ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh penyokong, pemain, kakitangan serta rakan penaja yang terus memberi kepercayaan kepada kelab dalam fasa pemulihan ini." katanya. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami