awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehadiran jurulatih baharu perkasa skuad terjun

Bernama
Bernama
05/11/2012
10:07 MYT
Kehadiran jurulatih baharu perkasa skuad terjun
Pemenang pingat gangsa di Olimpik London, Pandelela Rinong Pamg menyifatkan kehadiran dua jurulatih baharu skuad terjun negara dari China akan memperkasa dan bertepatan dengan persiapan jangka panjang negara menghadapi Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016.
"Kehadiran mereka dalam skuad sangat baik. Selain dapat membantu skuad terjun negara, mereka akan kurangkan beban tugas yang digalas oleh ketua jurulatih Yang Zhuliang dan pembantunya Zhang Yikun. Saya harap mereka berdua dapat cepat sesuaikan diri dengan suasana di Malaysia," katanya.
Pandelela turut yakin prestasi skuad negara akan bertambah baik dan menyeru rakan-rakan dalam skuad terjun terutama penerjun pelapis untuk menimba sepenuh pengalaman dan ilmu yang dimiliki oleh kedua-dua jurulatih itu.
Selepas ketua jurulatih Yang Zhuliang bersetuju menyambung kontrak selama dua tahun lagi, Majlis Sukan Negara (MSN) telah melantik dua lagi jurulatih baharu iaitu Wu Minghong dan Pan Zhaowei yang dicadangkan sendiri oleh ketua jurulatih itu.
Topic Berkaitan
#Olimpik
#Pandelela Rinong
#terjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan