Pasukan Harimau Malaya mendapat suntikan semangat 'luar biasa' menjelang saingan Piala AFF Suzuki 2012 yang akan bermula Ahad ini, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu turun padang menyaksikan sesi latihan skuad negara itu.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal menyifatkan kehadiran Najib di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, adalah sesuatu yang belum pernah dilakukan seorang perdana menteri Malaysia.
Rajagobal berkata kehadiran pemimpin nombor satu negara itu walaupun berdepan dengan jadual harian yang padat dengan memberi kata-kata perangsang akan menjadi azimat terbaik kepada anak buahnya untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki.
"Kita kena sedar bukan senang untuk Perdana Menteri datang ke sini (Wisma FAM) untuk mengucapkan kata-kata semangat kepada pemain, dan beliau (Najib) ada keyakinan ke atas pasukan dan pemain kita.
"Saya mahu pemain ambil berat apa yang Perdana Menteri beritahu (iaitu) kerajaan akan beri sokongan penuh kalau kita berjaya ke peringkat akhir," katanya.
Najib, yang diiringi Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan pengurus pasukan kebangsaan Datuk Seri Subahan Kamal, meluangkan masa hampir setengah jam melihat sesi latihan skuad Harimau Malaya yang dikendalikan Rajagobal.
Pada masa sama, Rajagobal turut mengingatkan pemain Harimau Malaya supaya melupakan episod duka seri 1-1 menentang Bangladesh Selasa, sebaliknya memberi fokus sepenuhnya pada kejohanan bola sepak dwitahunan itu.
Sementara itu, ketua pasukan kebangsaan Safiq Rahim berikrar di depan Perdana Menteri bahawa skuad Harimau Malaya akan mempamer aksi terbaik pada saingan kejohanan itu bagi mengembalikan semula kepercayaan peminat bola sepak tempatan.
"Insya-Allah, kita akan mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada 2010 di Indonesia," katanya.
Malaysia akan membuka tirai perlawanan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 menentang Singapura pada Ahad ini, berdepan Laos pada 28 Nov sebelum menamatkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Dis.
Bernama
Wed Nov 21 2012
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.
FAM gantung Persatuan Bola Sepak Perlis
(FAM menggantung Persatuan Bola Sepak Perlis daripada menjadi ahli gabungan susulan gagal membayar gaji tertunggak serta pampasan kepada bekas pengarah bola sepak Matt Holland.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.