SPORTS
Kejayaan Bonnie rangkul emas di Birmingham banggakan negara - Ismail Sabri

Bonnie memenangi pingat emas setelah melakukan angkatan 220kg dalam kategori lightweight bawah 72 kg di Pusat Pameran Nasional, Birmingham. - Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas dan tahniah kepada atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin yang merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Menerusi catatan di Facebook rasmi beliau, perdana menteri berkata kejayaan Bonnie memenangi pingat emas keempat buat kontinjen Malaysia membanggakan negara.
"Atlet powerlifting kebanggaan negara Bonnie Bunyau Gustin membanggakan negara setelah memenangi pingat emas," katanya.
memenangi pingat emas setelah melakukan angkatan 220 kilogram (kg) dalam kategori lightweight bawah 72 kg di Pusat Pameran Nasional (NEC).
Atlet kebanggaan negara itu Kontinjen negara setakat ini meraih keseluruhan empat pingat emas, dua perak dan tiga gangsa.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami