awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka India 2025 bukti semangat juang atlet negara

Bernama
Bernama
19/01/2025
22:45 MYT
Kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka India 2025 bukti semangat juang atlet negara
Kejayaan beregu nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR: Kejayaan beregu nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sambil mengucapkan tahniah, Ahmad Zahid berkata, kejayaan itu juga membuktikan ketabahan dan semangat juang luar biasa atlet negara.
"Teruskan momentum ini untuk mencipta lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa tahun ini. Well done, boys. Keep it up!," katanya dalam hantaran di laman X.
Pada aksi final di New Delhi, Sze Fei-Nur Izzuddin berjaya menundukkan pasangan Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae, 21-15, 13-21, 21-16.
Hasil kemenangan tersebut, Sze Fei-Izzuddin membawa pulang hadiah bernilai US$70,300 (kira-kira RM316,631), manakala pasangan Korea Selatan itu menerima US$33,250 (RM149,836).
Kali terakhir beregu lelaki negara merangkul kejuaraan Terbuka India ialah pada 2010 menerusi gandingan Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Badminton Terbuka India
#Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan