awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Akuatik Dunia: Kecederaan paksa Dhabitah tarik diri

Astro Arena
Astro Arena
17/07/2023
21:32 MYT
Kejohanan Akuatik Dunia: Kecederaan paksa Dhabitah tarik diri
Dhabitah hanya mempunyai peluang terkahir pada Kejohanan Dunia Doha yang berlangsung Februari tahun depan sebagai platform kelayakan Sukan Olimpik jika Piala Asia tidak dianjurkan. - Foto Astro ARENA
'DHABITAH seorang pejuang', itu disifatkan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia, Andy Low, yang percaya penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, akan bangkit dan kembali merebut tiket ke Sukan Olimpik Paris.
Susulan kecederaan pada pergelangan tangan, Dhabitah yang yang sepatutnya bergandingan dengan Datuk Pandelela Rinong terpaksa menarik diri daripada acara 10 meter platform seirama wanita di Kejohanan Akuatik Dunia, di Fukuoka, Jepun.
Acara itu merupakan sasaran buat gandingan itu menempah slot awal ke Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mempunyai peluang cerah meraih kedudukan podium.
Dhabitah bagaimanapun tetap beraksi di Fukuoka, tetapi dalam acara yang tidak beri kesan terlalu tinggi pada kecederaannya.
Penerjun berusia 24 tahun itu hanya mempunyai peluang terkahir pada Kejohanan Dunia Doha yang berlangsung Februari tahun depan sebagai platform kelayakan Sukan Olimpik jika Piala Asia tidak dianjurkan.
Tanpa Dhabitah, Pandelela nampaknya terlepas peluang mencari pingat keenamnya berturut-turut di Kejohanan Dunia kali ini.
"Selepas berbincang dengan jurulatih, ia adalah perkara yang wajar untuk menarik diri daripada acara tersebut. Selepas ini kami akan berusaha untuk membantunya mendapatkan semula tahap terbaik," kata Andy.
"Kami berharap Dhabitah akan kembali pulih sepenuhnya sebelum kejohanan dunia akan datang Februari tahun hadapan."
Topic Berkaitan
#Kejohanan Akuatik Dunia
#Nur Dhabitah Sabri
#cedera
#penerjun negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan