KUALA LUMPUR: Dua beregu Malaysia - Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki) dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (beregu campuran) - melepasi halangan pusingan kedua pada Kejohanan Dunia BWF 2021 di Huelva, Sepanyol semalam.
Pemenang gangsa Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang juga pilihan keempat kejohanan, memerlukan 56 minit untuk menundukkan beregu dari China Ou Xuan Yi-Zhang Nan 21-18, 20-22, 21-16 di Palacio de los Deportes Carolina Marin.
Pasangan nombor tujuh dunia itu, yang menerima 'bye' pada pusingan pertama, akan bertemu satu lagi gandingan dari China He Ji Ting-Tan Qiang untuk perebutan slot ke suku akhir, hari ini.
Terdahulu, pilihan ke-16 kejohanan Ji Ting-Tan Qiang, bangkit daripada ketinggalan pada set pertama untuk menewaskan Callum Hemming-Steven Stallwood dari England, 16-21, 21-12, 21-12.
Sementara itu, beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, yang turut menerima 'bye' pada pusingan pertama, mudah mengenepikan Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran dari Thailand 21-8, 21-13.
Soon Huat-Shevon akan menentang beregu Hong Kong, Yeung Ming Nok-Ng Tsz Yau, selepas pasangan itu diberi kemenangan percuma susulan penarikan diri bekas beregu Malaysia Chan Peng Soon-Goh Liu Ying daripada kejohanan.
Baru-baru ini, Peng Soon-Liu Ying mengumumkan perpisahan mereka selepas 13 tahun bergandingan di gelanggang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021

Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang juga pilihan keempat kejohanan, memerlukan 56 minit untuk menundukkan beregu dari China Ou Xuan Yi-Zhang Nan 21-18, 20-22, 21-16.- Gambar fail/Stadium Astro

Politik | Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah meminta ketua pembangkang itu untuk menggugurkan kes mahkamah sekiranya mahu disokong sebagai perdana menteri. Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

Ibadah Korban | JAWI umum ketetapan baharu ibadah korban
Kesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenar untuk melaksanakan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada 10 Julai bersamaan 10 Zulhijjah. Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, itu adalah ketetapan baharu bersempena pelaksanaan ibadah korban di masjid dan surau.

Bantuan Insurans | Manfaat Program Pembiayaan Insuran Kenderaan Keluarga Malaysia
Bagaimana kerajaan bertindak membantu rakyat ketika inflasi ketika ini? Adakah memadai?

"Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan"- Doa Neelofa buat Puteri Sarah
Neelofa sudah lama tahu masalah rumah tangga Puteri Sarah, Syamsul.
![[TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan [TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976095/thumbnails/11644311721656649310051_640x360.jpg)
[TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan
Kira-kira 1.6 juta penjawat awam bakal berpeluang membeli atau memperbaharui insurans kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah menerusi Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com. Perincian lanjut bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di Putrajaya.

Fernandinho ucap selamat tinggalkan kepada Man City
Paranaense mengesahkan Isnin lalu bahawa perjanjian telah disediakan untuk menandatangani semula Fernandinho.

AWANI Ringkas: Peranan media sampaikan berita sebenar
![]TERKINI] Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia ]TERKINI] Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976090/thumbnails/11644311681656647904910_640x360.jpg)
]TERKINI] Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri melancarkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia bersama Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan. #AWANInews #MalaysiaBangkit

Mini KUD platform usahawan perkasa produk tempatan
Program Mini KUD ini antara inisiatif KPLB bagi melahirkan usahawan luar bandar yang lebih cekap mengurus perniagaan.

Modul antirasuh diperluas dalam kalangan pelajar TVET
Rancangan memasukkan modul KIAR ke dalam silibus pelajar TVET dijangkakan dilaksanakan seawal-awalnya pada Ogos tahun ini.

Kecederaan jadi batu penghalang Zii Jia buru gelaran juara dunia
Kemaraan jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia untuk memburu gelaran juara dunia pada Kejohanan Dunia BWF 2021 berakhir.

Kejohanan Dunia: Yew Sin-Ee Yi teruskan kemaraan ke suku akhir
Mereka perlu bertarung selama satu jam lapan minit untuk mengatasi beregu pilihan kelapan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India.

Kejohanan Dunia: Aaron-Wooi Yik, Soon Huat-Shevon mara ke pusingan ketiga
Dua beregu Malaysia - Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki) dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (beregu campuran) - melepasi halangan pusingan kedua pada Kejohanan Dunia BWF 2021 di Huelva, Sepanyol