Selepas kejayaan memberangsangkan di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, tumpuan jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang kini terarah kepada dua kejohanan antarabangsa dalam usaha mencapai prestasi terbaiknya.
Azizulhasni yang merupakan antara atlet berpontensi besar mengharumkan nama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020, menjadikan Kejohanan Asia 2019 Januari depan diikuti Kejohanan Dunia 2019 (Februari) sebagai platform menilai tahap perkembangan prestasi kayuhannya.
Juara dunia keirin 2017 itu turut akan menggadakan usaha kerasnya apabila bakal membawa cabaran dalam beberapa siri Piala Dunia 2018 yang bermula di Perancis bulan depan.
"Matlamat utama saya musim ini adalah Kejohanan Dunia dan Kejohanan Asia. Jadi saya akan gunakan tiga atau empat siri pertama Piala Dunia sebagai platform untuk melihat tahap prestasi selain mengutip seberapa banyak mata untuk layak ke Olimpik.
"Saya jangkakan persaingan di Piala Dunia memang akan menjadi sangat sengit dan rasanya saya turut perlu berkerja keras di sana kerana semua pelumba berlumba-lumba untuk mencari mata," katanya ketika ditemui pemberita pada Kejohanan GP Trek Asia Tenggara di Velodrom Nasional, Nilai di sini, hari ini.
Pada hari pertama kejohanan itu, Azizulhasni atau 'The Pocket Rocketman' dengan mudah menewaskan pelumba, Indonesia Admadi Puguh pada aksi final untuk merangkul pingat emas dalam acara pecut.
Menurut beliau yang akan turun beraksi dalam acara keirin esok, kejohanan dua hari tersebut mampu menjadi pentas terbaik untuknya kembali mendapatkan rentak kayuhan dan persiapan terakhir sebelum ke Perancis selepas hanya seminggu mula menjalani latihan.
Dalam acara pecut hari ini, pingat gangsa menjadi milik Yudha Kusuma dari Indonesia selepas menewaskan seorang lagi pelumba negara Muhammad Fadhil Mohd Zonis.
Dalam pada itu, ratu trek negara Fatehah Mustapa terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara pecut dan keirin selepas gagal menyaingi kehebatan pelumba muda Indonesia Dwi Putri Crismonita yang membolot emas dalam kedua-dua acara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 10 2018
AZIZULHASNI: Matlamat utama saya musim ini adalah Kejohanan Dunia dan Kejohanan Asia.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Olimpik Paris: ISN guna khidmat Dr Jeffrey pantau situasi Mohd Azizulhasni
ISN akan menggunakan khidmat Dr Jeffrey Jeswant Dillon untuk memantau situasi jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang di Olimpik Paris nanti.
Daya ketahanan mental lebih baik daripada sebelum ini - Azizulhasni
Azizulhasni menetapkan sasaran untuk memenangi emas di Olimpik Paris pada penampilan terakhirnya dan kelima di temasya terbesar dunia itu.
Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.
PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.
Pocket Rocketman masih berbisa, peroleh emas di Piala UCI Adelaide
Kemenangan itu sekali gus memberi mata buat Mohd Azizulhasni untuk ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini.
ACC 2023: Azizulhasni bukti kejaguhan dengan emas keirin
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat emas keduanya dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 dengan mengungguli acara keirin lelaki.
Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.
Azizulhasni sambar emas ketiga dalam tempoh 24 jam di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat emas ketiganya dalam tempoh 24 jam selepas mendominasi saingan keirin lelaki Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II 2023.
Azizulhasni kembali gegar Velodrom Nilai
Dalam aksi penentuan pingat emas, Azizulhasni yang mewakili Terengganu mengetepikan rakannya Muhammad Shah Firdaus yang mewakili Johor.