KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Muda bawah 19 (B-19) mengesahkan slot ke separuh akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) selepas menewaskan Timor Leste 4-3, malam ini.
Saingan Kumpulan B di Stadium Madya, Jakarta,itu menyaksikan skuad muda kebangsaan memperoleh gol pendahuluan hasil penyudah Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal menerusi sepakan percuma seawal minit kesembilan.
Bagimanapun, pasukan lawan yang diberi jolokan 'The Raising Sun' berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-11 menerusi ketua pasukan Cristevao Moniz Fernandes sebelum Adam Farhan Mohd Faizal mencetak jaringan kedua negara selang empat minit kemudian.
Bersambung babak kedua, skuad kendalian Hassan Sazali Mohd Waras berjaya menambah jaringan ketiga menerusi Muhammad Alif Izwan Yuslan pada minit ke-52, namun skuad Timor Leste jagaan Lee Min Young turut menyumbat gol keduanya hasil jaringan Mario Donasio Quintao dua minit kemudian.
Pada minit ke-63 Adam Farhan sekali lagi meledak gol keempat negara sebelum Mario Donasio tampil membuat gerakan cantik membuahkan hasil jaringan ketiga pada minit ke-76 dan keputusan kekal 3-4 sehingga wisel penamat.
Kemenangan tersebut menyaksikan Juara 2018, Malaysia, berada di kedudukan kedua Kumpulan B dengan tujuh mata selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kemboja pada aksi sulung 5 Julai lalu dan mengikat Singapura tanpa jaringan, kelmarin.
Sementara itu, mengulas mengenai perlawanan itu, Hassan Sazali berkata meskipun corak permainan skuad kebangsaan kelihatan positif namun beliau bimbang terhadap barisan pertahanan yang dilihat lemah dalam perlawanan malam ini.
Jelasnya, prestasi skuad muda negara itu bagaimanapun kelihatan meningkat berbanding ketika menentang Singapura pada perlawanan lepas.
"Apa yang merisaukan saya ialah barisan pertahanan, walaupun kita telah menjaringkan gol tapi kita juga bolos dengan cepat.
"Saya lebih memikirkan kadar rehat pemain saya...Saya tidak mencari kemenangan sehingga memaksa pemain," katanya menerusi klip audio yang dikongsikan kepada media.
Dalam pada itu, Laos kekal di kedudukan teratas dengan sembilan mata walaupun kurang satu aksi, manakala Kemboja dan Timor Leste berkongsi tiga mata, masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat, diikuti Singapura di tempat tercorot dengan satu mata.
Harimau Muda bakal menamatkan saingan peringkat kumpulan menentang Laos dalam satu lagi aksi pukul 4 petang (Malaysia) pada Isnin bagi menentukan juara kumpulan sebelum ke peringkat separuh akhir untuk bertemu sama ada Thailand atau Vietnam pada 13 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 09 2022

Kemenangan malam ini menyaksikan Juara 2018, Malaysia, berada di kedudukan kedua Kumpulan B dengan tujuh mata. - Gambar/ FB FAM

Dialog Poket Rakyat: Formula Tambah ‘Income’ Rakyat
Inflasi dan kos sara hidup sukar dikawal? Kenapa tidak cari jalan bagaimana boleh tambah pendapatan rakyat? Dialog Poket Rakyat, 8.30 malam

PRN: UMNO Selangor sudah muktamadkan kerusi yang bakal ditandingi - Megat Zulkarnain
Megat Zulkarnain memberitahu, setakat hari ini, keputusan tersebut adalah muktamad dan beliau sudah pun memaklumkan perkara tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mahkamah tolak saman bekas pelajar sekolah pendidikan khas
Mahkamah Tinggi menolak saman seorang bekas pelajar sekolah pendidikan khas terhadap sekolah dan tiga defendan lain termasuk Kerajaan Malaysia.

Hujan lebat, beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan sejak jam 4 petang di Pulau Pinang menyebabkan beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat.

Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu lori di bawah pengaruh alkohol
Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori yang dipandu seorang lelaki disyaki berada di bawah pengaruh alkohol di Jalan Parit Panjang, petang semalam.

AWANI Ringkas: Sesi sekolah bermula 8 pagi bukan keutamaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap [INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007864/8967789641675428256449_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap
![[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022 [INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007863/8967789641675428201872_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022

Thaipusam | Membuat kavadi perlukan dedikasi tinggi
Selepas dua tahun, kavadi berwarna-warni bakal kembali menceriakan sambutan Thaipusam kali ini. Diringi muzik tradisional, penganut Hindu akan menunaikan nazar mengikut niat masing-masing dengan menjunjung paal koodam, kavadi dan mencukur rambut.

Penjara Sg Buloh | Jumlah banduan 36% melebihi kapasiti maksimum 4,200
Jumlah banduan yang ditempatkan di Penjara Sungai Buloh mencecah 36 peratus melebihi kapasiti maksimum, iaitu 4,200 banduan. Namun, menurut Jabatan Penjara Malaysia, masalah kesesakan di Penjara Sungai Buloh telah dikurangkan melalui pelbagai langkah yang merupakan sebahagian daripada reformasi penjara.

Kejuaraan AFF B-19: Harimau Muda layak ke separuh akhir
Skuad Harimau Muda bawah 19 (B-19) mengesahkan slot ke separuh akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) selepas menewaskan Timor Leste 4-3, malam ini.

Piala AFF B-19: Bertemu Indonesia, aksi tangkas Azri bawa Malaysia ke final
Malaysia melepasi ranjau berduri untuk menempah tiket perlawanan akhir Kejohanan Piala AFF B-19.

Skuad B-19 Malaysia seri dengan Vietnam
Skuad B-19 negara terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan berdepan Vietnam bagi Kejohanan Piala AFF B-19 yang berlangsung di Laos.