awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejutan Tze Yong di Terbuka Australia

Sinar Harian
Sinar Harian
03/08/2023
09:02 MYT
Kejutan Tze Yong di Terbuka Australia
Tze Yong mempamerkan aksi tenang dan meyakinkan untuk mengalahkan Jonatan 22-20, 21-15, sekali gus mara ke suku akhir. - Gambar fail
PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong melakar sensasi apabila menyingkirkan pemain nombor lima dunia, Jonatan Christie dari Indonesia dalam pusingan kedua Terbuka Australia pada Khamis.
Menariknya kejayaan itu diraih Tze Yong menerusi kemenangan straight set dalam pertembungan yang berlangsung di Gelanggang 1, Quaycentre, Sydney Olympic Park.
Tze Yong yang menghuni ranking ke-21 dunia mempamerkan aksi tenang dan meyakinkan untuk mengalahkan Jonatan yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan dengan keputusan 22-20, 21-15, sekali gus mara ke suku akhir.
Sebagai rekod, ia merupakan kemenangan pertama Tze Yong dalam tiga pertemuan menentang Jonatan di pentas antarabangsa.
Dua persaingan yang berlangsung pada Terbuka Swiss 2022 dan Piala Thomas 2020 menyaksikan Tze Yong tewas dua perlawanan berturut-turut.
Menunggu Tze Yong di peringkat suku akhir ialah sama ada rakan senegara yang juga perseorangan lelaki nombor satu tanah air, Lee Zii Jia atau pemain India yang menghuni ranking ke-50 dunia, Mithun Manjunath.
Sebagai rekod, ia adalah kali kelima Tze Yong mara ke peringkat suku akhir tahun ini selepas Seluruh England, Terbuka Switzerland, Terbuka Thailand dan Terbuka Korea.
Dalam pada itu, skrip berbeza menimpa beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin selepas kalah pada pusingan kedua kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang-Wang Chi Lin 21-18, 17-21, 19-21.
Malang turut menimpa dua beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie yang gagal meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya.
Tang Jie-Ee Wei tewas di tangan beregu Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 16-21, 21-17, 19-21, manakala Soon Huat-Shevon kalah kepada pasangan Jepun, Hiroki Midori-Natsu Saito 17-21, 21-18, 17-21. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tze yong
#Terbuka Australia
#cemerlang
#suku akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan