KOTA KINABALU: Pemain Sabah FC tidak seharusnya terlalu memikirkan soal menang atau kalah dalam perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) Jumaat ini, sebaliknya perlu mengekalkan fokus dan disiplin tinggi sepanjang permainan.
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata sudah tentu kemenangan akan memberikan keyakinan tinggi kepada skuad The Rhinos untuk menempuh perlawanan selepas itu, namun pasukan itu perlu menggandakan usaha untuk mengelak keciciran mata pada perlawanan itu.
Beliau berkata perlawanan 'top of the table clash' menemukan pasukan di kedudukan pertama dan kedua Liga Super itu dilihat sengit, justeru Sabah FC memerlukan pemain ke-12 iaitu penyokong setia untuk datang ke Stadium Likas dan memberikan sokongan padu kepada pasukan itu.
"Pemain juga perlu mengekalkan momentum perlawanan sebelum ini. Kita anggap semua perlawanan adalah sangat penting lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan pasukan pilihan seperti JDT ini," katanya menerusi kenyataan malam tadi.
Pada masa ini JDT berada di kedudukan pertama Liga Super dengan 23 mata selepas sembilan perlawanan, manakala Sabah FC di tangga kedua dengan 22 mata selepas 10 perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata pasukan itu perlu menggandakan usaha untuk mengelak keciciran mata pada perlawanan itu. - Gambar fail/BERNAMA

Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling digantung operasi
Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling ditutup ekoran tren tidak boleh beroperasi di laluan itu atas faktor keselamatan. Sehubungan itu, perkhidmatan bas percuma digerakkan bagi membantu penumpang dan operasi di laluan terjejas.

'Tak sabar nak jumpa cinta hati' - Daiyan Trisha sekali lagi tunai umrah di bulan Ramadan
Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah berkenaan.

Pasca lawatan Perdana Menteri ke China
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan.

Lawatan PM Anwar ke China beri manfaat besar
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan. Ikut laporan disediakan Hasimi Muhamad, dari Beijing.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Pindah 62 ekor kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000
Seorang pemandu lori didenda RM10,000 setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand tanpa kebenaran.

BNM terus berhubung dengan pihak berkepentingan kemudi peralihan ekonomi bebas karbon
Ia merangkumi penyertaan dalam platform antarabangsa seperti Rangkaian Untuk Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS) dan membina keupayaan bagi menganalisis kesan risiko iklim untuk bertindak lebih awal.

45 peniaga kena kompaun serta-merta
Seramai 45 peniaga di dua daerah iaitu Temerloh dan Maran dikenakan tindakan kompaun serta-merta melibatkan hasil kutipan RM7,900.

Pemuda Pas Kelantan gesa semak semula cukai cecair vape
Pihaknya khuatir perkara tersebut akan memberi kesan langsung kepada anak-anak muda terutama melibatkan soal kesihatan dan moral untuk tempoh jangka panjang.

AWANI Ringkas: Pengurusan visa dan frekuensi penerbangan dipermudahkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

JDT terus gah di persada liga
Arif Aiman membuka jaringan pada minit ke-20 apabila bijak menggelecek ke dalam kotak penalti sebelum menewaskan penjaga gol Sabah.

JDT yakin terus dominasi, perhitungan 'Raja Lembah Klang' KL-Selangor
SELEPAS lebih seminggu Liga Super berehat, minggu ini saingan kembali dengan menampilkan susunan perlawanan mengagumkan.

Tindakan gantung pengadil, langkah proaktif FAM
Tindakan penggantungan ke atas pengadil yang mengadili aksi Liga Super antara Sabah FC dan Penang FC Jumaat lepas, disifatkan satu langkah proaktif diambil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Liga Super: Sabah ikat Sri Pahang, Selangor tewaskan Penang
Sabah FC dan Sri Pahang FC masing-masing akur berkongsi satu mata selepas terikat 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di Kuantan, malam ini.

Liga Super: Sensasi Saddil pastikan Sabah berpesta gol ke atas PDRM
Sabah FC membuka kempen Liga Super 2023 dengan penuh bergaya apabila mencatatkan kemenangan besar 4-0 ke atas PDRM FC di Stadium Likas sebentar tadi.

Sabah mahu tambah pemain import lagi
Beliau akan berbincang dengan pengurusan Sabah FC memohon kelulusan menambah keperluan slot pemain import dalam tempoh terdekat.

Kim Swee uji kemampuan tiga import baharu di Thailand
Kim swee berkata, kesebelasan utamanya akan berangkat ke Bangkok pada 27 Januari ini, bagi melayani kunjungan kelab dari Korea, Thailand dan Denmark.

Barisan pemain Sabah FC ditambah baik hadapi Piala AFC
Semua pemain Sabah FC akan dinilai semula sebelum senarai akhir skuad itu dibuat untuk menghadapi saingan musim hadapan, termasuk Liga Malaysia dan Piala AFC.

Sabah FC sambar tiket ke pentas Asia
Sabah FC akan mengiringi naib juara Liga Super Terengganu FC, beraksi pada saingan kejohanan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim hadapan.

Sabah sambar slot ke Piala AFC 2023
Sekiranya juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia kelab yang sama, slot kedua Piala AFC diberi kepada pasukan ketiga Liga Super.