KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan 0-2 kepada Oman pada perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi.
Pan Gon bagaimanapun menyifatkan kekalahan kedua itu bukan satu pengakhiran buat anak buahnya yang kini perlu mengharap keajaiban pada baki perlawanan kelayakan menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan saingan kumpulan menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.
"Ini perlawanan yang sangat sukar.. sebagai ketua, sebagai jurulatih, mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana kami tidak dapat beri anda kebanggaan, maksud saya keputusan yang lebih baik.
"Kami masih mempunyai dua lagi perlawanan jika ada keajaiban kami masih mempunyai peluang. Lebih baik jangan berputus asa dan kita akan berjuang sehingga ke akhirnya," katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Pengendali dari Korea Selatan itu dalam masa sama optimis para pemain negara mampu menggunakan peluang sebaiknya untuk mempamerkan kebangkitan sekembalinya mereka ke pangkuan kelab masing-masing apabila saingan Liga Malaysia (Liga-M) membuka tirai Mei ini.
Sementara itu, jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy mengakui kunjungan anak buahnya ke SNBJ mendatangkan cabaran sukar dibandingkan pada pertemuan pertama kedua-dua pasukan sebelum ini di Muscat minggu lepas.
Katanya berbekalkan semangat sepasukan berjaya menjelmakan keputusan seperti diinginkannya.
Kekalahan kedua berturut-turut dengan keputusan sama dengan Oman menyukarkan misi Malaysia untuk untuk layak ke Piala Asia 2027 lebih awal dan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia kekal di kedudukan ketiga kumpulan dengan mengumpul enam mata manakala Kyrgyzstan yang mengatasi Taiwan 5-1 pada satu lagi aksi malam tadi, naik kedudukan teratas dan berkongsi sembilan mata bersama Oman yang menghuni tangga kedua.
Taiwan tercorot tanpa sebarang mata selepas empat perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Pan Gon bercakap pada sidang media selepas Harimau Malaya tewas kepada pasukan Oman pada perlawanan Kumpulan D bagi Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. -- fotoBERNAMA
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.