KUALA LUMPUR:Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menegaskan, tarikh sepak mula saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 dikekalkan pada 5 Mac depan demi kelangsungan aksi di peringkat domestik.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hasan berkata, keputusan itu merupakan langkah terbaik mengambil kira kepadatan kalendar musim 2021 termasuk aksi antarabangsa melibatkan skuad kebangsaan dan beberapa kelab tempatan di pentas kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini.
Katanya, MFL turut komited menamatkan kempen liga tanpa mengurangkan jumlah keseluruhan 22 perlawanan atau membatalkan mana-mana kejohanan lain dalam saingan Liga-M musim ini bagi mengelak kesan negatif kepada penajaan.
“Jadi adalah sukar untuk MFL menunda lagi tarikh sepak mula Liga-M 2021 kerana jelas penangguhan itu akan menjejaskan perjalanan kalendar pertandingan musim ini.
“Apa yang mustahak keputusan ini dicapai selepas mendapat persetujuan daripada setiap wakil kelab, di pihak MFL kami sentiasa berusaha memastikan kalendar Liga-M berjalan dengan lancar terutama ketika ia berlangsung dalam tempoh pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.
MFL menganggap keputusan itu relevan meskipun menyedari kekangan yang dihadapi pasukan dalam membuat persediaan menjelang musim baharu selepas tergendala hampir sebulan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Jan lepas.
Sementara itu, Ab Ghani berkata, MFL dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) telah memberikan penerangan berkenaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ‘camp quarantine’ dan ‘home quarantine’ ditetapkan kepada setiap wakil pasukan menerusi sesi mesyuarat dalam talian semalam.
“Pasukan diterangkan lebih terperinci berkenaan program latihan berpusat bermula Isnin depan, tempat latihan dan pergerakan pemain adalah terkawal mengikut model gelembung sukan, yang mana penginapan pemain perlu mengikut SOP sama ada ‘camp quarantine’ atau ‘home quarantine’,” katanya.
Menurut kenyataan itu, ‘camp quarantine’ bermaksud penempatan pemain dan pegawai di satu tempat sepenuh masa dan menjalani ujian calitan di venue berkenaan sementara ‘home quarantine’ pemain dan keluarga wajib menjalani ujian calitan selain SOP lebih ketat termasuk larangan orang luar menziarahi mereka sepanjang tempoh kuarantin.
Dalam pada itu, MFL membenarkan pasukan mengadakan perlawanan persahabatan bermula 15 Feb depan dengan syarat mematuhi SOP ditetapkan pihak kerajaan selain perlu bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan pergerakan rentas negeri.
Impak COVID-19 menyaksikan saingan Liga Super dan Liga Premier musim lepas yang bermula pada Mac terpaksa ditangguh hingga penghujung Ogos manakala beberapa pertandingan utama Liga-M antaranya Piala FA dan Piala Malaysia dibatalkan. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 11 2021
MFL turut komited menamatkan kempen liga tanpa mengurangkan jumlah keseluruhan 22 perlawanan atau membatalkan mana-mana kejohanan lain dalam saingan Liga-M musim ini bagi mengelak kesan negatif kepada penajaan. - Facebook / Malaysian Football League
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Operasi LRA Sungai Linggi dihentikan, air berbau minyak
Operasi di Loji Rawatan Air Sungai Linggi Port Dickson terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah susulan terdapat bau minyak yang tinggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Cabaran puasa Diallo
Amad Diallo yang meledak gol kemenangan ketika Manchester United menewaskan Liverpool 4-3 pada suku akhir Piala FA bermain ketika berpuasa.
Klopp hilang sabar dengan wartawan susulan tewas kepada Manchester United
Jurgen Klopp berang dengan 'soalan bodoh' wartawan selepas Liverpool tewas dalam aksi suku akhir Piala FA kepada Manchester United.
Piala FA: Manchester United tunjuk Liverpool jalan keluar
Dua gol dalam tempoh tiga minit dijelmakan Alexis Mac Allister dan Mohamed Salah menjelang penghujung separuh masa pertama.
Piala FA: Manchester United bakal terima kunjungan Liverpool
The Reds masih berpotensi menjuarai tiga gelaran selepas mengatasi Chelsea dalam final Piala Carabao dan Southampton dalam Piala FA.
Piala FA: Pemain muda sekali lagi serlah kemampuan bawa Liverpool ke suku akhir
Kemenangan itu hanya tiga hari selepas menjuarai Piala Carabao ke atas Chelsea.
Piala FA: Casemiro pastikan Manchester United lolos ke suku akhir
Ten Hag memenangi Piala Carabao dalam musim pertama namun berdepan tekanan yang menggunung sepanjang musim kedua.
Haaland ledak lima gol belasah Luton
Luton gagal menghalang naluri Haaland yang menjaringkan dua lagi gol selepas rehat untuk menundukkan Luton.
Piala FA: Manchester United sambut kepulangan Harry Maguire, Luke Shaw dalam skuad utama
Skuad kendalian Erik ten Hag telah mengharungi musim mengecewakan di sebalik berdepan masalah kecederaan.
Bekas bintang Chelsea, Tommy Baldwin meninggal dunia
Bekas penyerang kelab Chelsea Tommy Baldwin meninggal dunia pada usia 79 tahun selepas sekian lama dilaporkan menderita sakit.