awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan FC tagih khidmat pemain Palestin untuk Liga Super 2024/2025

Bernama
Bernama
05/03/2024
14:54 MYT
Kelantan FC tagih khidmat pemain Palestin untuk Liga Super 2024/2025
Presiden KUFC Rozi Muhamad berkata, pihaknya telah menandatangani kontrak bersama pemain Oday Kharoub yang berusia 31 tahun. - Bernama
KOTA BHARU: Kelantan United (KUFC) hari ini memperkenalkan pemain baharu mereka iaitu pemain tengah kebangsaan Palestin Oday Kharoub, bagi memperkuatkan pasukan menghadapi Liga Super 2024/2025.
Presiden KUFC Rozi Muhamad berkata pihaknya telah menandatangani kontrak bersama pemain berkenaan yang berusia 31 tahun, hari ini yang bermain dalam kesebelasan utama pasukan negaranya pada kejohanan Piala Asia.
"Oday beraksi dalam kesemua perlawanan Palestin di peringkat kumpulan di Piala Asia dan telah membantu negaranya mara ke pusingan kalah mati," katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Kontrak Pemain KUFC, di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.
Selain Oday, pada majlis itu KUFC turut menandatangani dua pemain tempatan iaitu Wan Mohamad Fazli bermain di posisi penyerang dan Mohamad Fazrul Amir Md Zaman, yang di bahagian tengah KUFC.
Rozi Muhamad berkata pemilihan Oday merupakan pilihan terbaik, selepas menyaksikan sendiri pemain itu bermain cemerlang di Qatar.
"Kita telah mendapat nasihat daripada beberapa individu termasuk jurulatih, sebelum mendapatkan khidmat pemain ini selama semusim.
"Musim ini kita akan menggunakan lima pemain import dan akan menandatangani kontrak dengan empat lagi pemain lain dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata pasukannya hampir 70 peratus telah melakukan persiapan daripada segi pemilihan pemain, bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini.
"Kita telah melakukan rombakan besar-besaran terhadap pemain musim lalu dan hampir 80 peratus pemain baharu musim ini bagi memperkuatkan pasukan," katanya.
Beliau yakin dengan kehadiran Oday, ia juga akan dapat menarik ramai penyokong ke stadium musim ini.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Kelantan FC
#pemain palestin
#Oday Kharoub
#Liga Super
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan