SPORTS
Kelantan kekal jersi merah, penyokong TRW gembira Datuk Seri Vida bertimbang rasa
Kelantan kekal berimej 'merah' dengan jersi merah jambu sebagai jersi kedua.- Gambar fail
SEMENJAK syarikat kosmetik, Vida Beauty bersetuju menjadi penaja utama pasukan bola sepak Kelantan, antara topik yang menjadi topik perbualan adalah warna tema merah jambu yang mahu diterapkan sebagai warna pasukan berkenaan.
Ia menerima pelbagai reaksi; ada yang tidak kisah, namun ramai yang sukar menerimanya memandangkan Kelantan sudah sinonim dengan warna merah.
BACA: Tajaan Vida Beauty beri nafas baharu pembangunan bola sepak Kelantan
Namun, penyokong bola sepak Kelantan hari ini boleh menarik nafas lega apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan warna merah tetap warna rasmi The Red Warriors.
Dalam satu kemaskini di Facebook semalam, Annuar menjelaskan warna merah jambu hanya akan digunakan pada jersi kedua pasukan, dengan warna merah masih menjadi warna rasmi jersi utama.
Perkembangan ini menerima reaksi baik daripada penyokong dan pemerhati bola sepak yang sebelum ini berpendapat, perubahan warna rasmi akan menjejaskan identiti Kelantan.
Ramai juga yang berterima kasih kepada Datuk Seri Vida yang boleh bertolak-ansur dalam hal ini, dan menganggap walaupun ahli perniagaan itu mementingkan pemasaran jenamanya, beliau masih memahami bahawa identiti Kelantan adalah merah.
Vida Beauty pada Jumaat mengumumkan penajaan berjumlah RM16 juta kepada KAFA untuk dua musim; 2016 dan 2017.