GEORGE TOWN: Kebenaran untuk penyokong menyaksikan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 di stadium adalah 50 peratus kapasiti stadium atau maksimum 20,000 penyokong, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.
Hamidin berkata setakat ini, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membenarkan jumlah itu hadir ke stadium menyaksikan pelawanan yang dihoskan Malaysia.
"Kita akan terus pantau keadaan COVID-19 semasa dan mempunyai masa sehingga Jun... sekiranya keadaan mengizinkan, kita akan memohon KKM dan MKN untuk membenarkan lebih ramai penyokong masuk ke stadium untuk menyaksikan pelawanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan padang sintetik Kopa Arena di University Sains Malaysia (USM) hari ini.
Hamidin berkata situasi kes COVID-19 sekarang masih tinggi dan pematuhan prosedur operasi standard adalah penting dalam menjamin keselamatan dan kesihatan semua pemain.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam kenyataan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa Malaysia telah dipilih sebagai satu daripada enam tuan rumah untuk pusingan akhir kelayakan untuk merebut tempat ke Piala Asia 2023 di China.
AFC turut menyenaraikan India, Kuwait, Kyrgyzstan, Mongolia dan Uzbekistan sebagai tuan rumah bagi kelayakan untuk menentukan baki 11 pasukan yang akan mara ke Pusingan Akhir yang akan diadakan di 10 bandar di China.
Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit pada edisi Kuwait 1980, manakala pada 2007, skuad Harimau Malaya tampil sebagai tuan rumah bersama Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Sementara itu, Hamidin berkata calon jurulatih tempatan yang akan dipilih sebagai pembantu jurulatih kepada ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon akan diumumkan minggu hadapan.
Beliau berkata hak pemilihan pembantu jurulatih tempatan diserahkan kepada ketua jurulatih dan Pan Gon akan mengumumkan calon itu minggu depan.
"Insha-Allah kita akan umum nama dia (pembantu jurulatih) pada Selasa atau Rabu depan...ketua jurulatih akan lakukan pengumuman tersebut," katanya.
Semalam, media tempatan melaporkan bahawa jurulatih dari Korea Selatan itu berminat untuk berjumpa dengan tujuh calon jurulatih tempatan sebelum mengumumkan pembantunya dalam barisan kejurulatihan baharu skuad Harimau Malaya.
Perlawanan persahabatan menentang Filipina pada 23 Mac dan Singapura pada 26 Mac adalah ujian awal buat Pan Gon, sebagai persediaan menjelang pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 20 2022

Kebenaran untuk penyokong menyaksikan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 di stadium adalah 50 peratus kapasiti stadium atau maksimum 20,000 penyokong. - Gambar fail/BERNAMA

Bantah Barang Naik | 10 pemimpin PH dipanggil beri keterangan
Seramai 10 pimpinan Pakatan Harapan (PH) dipanggil untuk siasatan polis pada Isnin ini berikutan himpunan bantah kenaikan harga barang di luar pintu Masjid Jamek Kampung Baru pada Jumaat. Perkara tersebut disahkan Peguam Biro Hal Ehwal Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara (Amanah), Fadhli Umar Aminolhuda.

Setinggan | 54 penempatan di bandar raya di Johor ditempat semula
Johor dalam perancangan penempatan semula 54 perkampungan setinggan di bandar raya itu membabitkan lebih 50 ribu penduduk. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha itu melibatkan tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) serta Pejabat Tanah Dan Galian.

AWANI Ringkas: harga binaan mahal

Kepentingan Pekerja | GLC, GLIC perlu lantik wakil MTUC dalam Lembaga Pengarah
Semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) perlu melantik wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebagai ahli lembaga pengarah dalam usaha menambah nilai kepada ketelusan. Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob langkah tersebut bertujuan membolehkan suara pekerja diambil kira dalam semua keputusan yang dibuat oleh lembaga pengarah.

Geran Tahunan | RM4 juta untuk MUTC, laksana program kesedaran & latihan
Kerajaan bersetuju menyediakan geran tahunan empat juta ringgit kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk melaksanakan program-program kesedaran dan latihan yang signifikan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peningkatan kemahiran dan latihan semula merupakan kunci yang penting dalam memastikan Malaysia mempunyai tenaga kerja yang berdaya saing.

Pelantikan Tajuddin sebagai duta: "Jangan persoal kuasa Agong" - Ismail Sabri
Perdana Menteri minta keputusan pelantikan Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia dihormati.

'Mana ada kem, satu kem saja dalam UMNO' - Ismail Sabri nafi dakwaan parti berpecah
Ia susulan pandangan penganalisis politik yang mendakwa pendedahan Datuk Seri Tajuddin Rahman mengenai isu dalaman UMNO memperlihatkan parti itu kini berpecah kepada dua kem.

Danial Zaini sah bergelar suami kepada Yasmine, beri wang hantaran RM17,777.77
Dalam majlis yang cukup indah itu, turut diberi kejutan dengan pelancaran lagu terbaharu Danial Zaini yang bertajuk -HATI- yang ditulis khas oleh Danial sendiri.
![[TERKINI] Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) [TERKINI] Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976231/thumbnails/20519348501656733233276_640x360.jpg)
[TERKINI] Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Auditorium Balai Ungku Aziz, Universiti Malaya. #AWANInews #MalaysiaSihat

'Tak sabar balik Malaysia bawa baby' - Raja Ilya selamat bersalin anak sulung
Raja Ilya menyifatkan pengalaman baharu yang dilaluinya itu satu rahmat dan memberi makna yang tersendiri dalam hidupnya.

Kelayakan Piala Asia 2023: 50 peratus atau 20,000 penyokong dibenarkan masuk stadium
Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membenarkan jumlah itu hadir ke stadium menyaksikan pelawanan yang dihoskan Malaysia.