awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Piala Asia: Saya mahu berikan segalanya buat negara kita - Hector Hevel

Astro Arena
Astro Arena
26/03/2025
04:25 MYT
Kelayakan Piala Asia: Saya mahu berikan segalanya buat negara kita - Hector Hevel
Hevel berkata dia mahu melakukan segala-galanya buat Malaysia selepas menandakan penampilan pertamanya bersama pasukan kebangsaan. - Stadium Astro
PERANCANG baharu Harimau Malaya, Hector Hevel, berkata dia mahu melakukan segala-galanya buat Malaysia selepas menandakan penampilan pertamanya bersama Harimau Malaya dengan jaringan pembukaan ketika menewaskan Nepal 2-0 malam tadi.
Dalam aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri itu, Hevel membuka jaringan negara dengan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-29 sebelum Corbin Ong menggandakan kelebihan itu pada minit ke-70.
Hevel berkata dia hanya memiliki tempoh seminggu untuk menyesuaikan diri dengan pasukan dan mujur pemain-pemain lain dan staf kejurulatihan banyak membantunya menyesuaikan diri di Malaysia.
"Rakan sepasukan, staf dan semua orang banyak membantu ketika saya tiba di sini," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.
"Saya perlu menyesuaikan diri kerana saya hanya ada enam atau tujuh hari sebelum perlawanan.
"Saya perlu segera menyesuaikan diri dan sentiasa bercakap dengan rakan sepasukan, di mana mereka banyak membantu, jadi saya dapat menyesuaikan diri dengan sebaik mungkin.
"Saya ada maklumat mengenai Malaysia, tentang projek hebat yang sedang dirancang negara ini.
"Saya tahu mereka ada sasaran, saya mahu membantu mencapainya dan saya mahu memberikan segalanya buat negara kita," katanya. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Hector Hevel
#harimau Malaya
#pemain warisan
#Kelayakan Piala Asia 2027
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan