ISU melibatkan pandemik COVID-19 bukan sahaja melibatkan Malaysia namun hampir keseluruhan rantau Asia, menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam.
Beliau berkata demikian berhubung persiapan dan penganjuran saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Katanya, keadaan ini mencerahkan lagi peluang untuk aksi kelayakan Piala Asia dianjak kepada Jun walaupun kebimbangan untuk saingan itu dilangsungkan pada Mac tetap ada.
"Bukan sahaja rantau ini namun hampir keseluruhan Asia terpalit dengan masalah pandemik ini. Jadi, saya agak bimbang mengenai situasi dialami oleh semua negara di Asia ini.
"Dan keputusan perlu diambil oleh pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). Dan pihak FAM sudah bersedia dengan langkah yang terbaik," kata Ramalingam menurut laporan Astro ARENA.
Katanya, FAM tidak sesekali melatah andai jadual dikekalkan pada Mac.
Dalam apa jua situasi, FAM memberi jaminan, persediaan skuad negara tetap keutamaan mereka dalam usaha untuk memastikan layak beraksi di Piala Asia bukan sekadar omong kosong.
"Kami sentiasa berada dalam keadaan yang bersedia.
"Jika perlawanan tetap dilangsungkan pada bulan depan, kami akan sentiasa membuat perancangan dan memastikan perlawanan di tempat sendiri dan lawan nanti," tambahnya.
Sementara itu, ketua jurulatih negara Tan Cheng Hoe pula berkata: "Pemain-pemain perlu berada di tahap terbaik sebaik kami menjalani persiapan untuk saingan antarabangsa.
"Buat masa ini, diharapkan mereka membuat latihan fizikal seperti yang telah disediakan oleh pihak kelab masing-masing."
Astro Awani
Fri Feb 05 2021

Tan Cheng Hoe berharap pemain membuat latihan fizikal seperti yang telah disediakan oleh kelab masing-masing.

Waspada helah, penipuan perbankan internet - MCMC
MCMC mengesan beberapa helah dan modus operandi yang digunakan 'scammer' seperti penghantaran pesanan ringkas secara rambang kepada pengguna yang menyerupai pesanan bank.

Jenayah | Lelaki didakwa sebabkan kematian anggota polis
Seorang penjual kuih dihadapkan ke Mahkamah Majistret George Town hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang anggota polis dalam kemalangan di Jalan Utama, George Town pada 17 April lalu. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

COVID-19 | Nasihat perjalanan CDC AS bukan perkara luar biasa
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, CDC AS pada masa yang sama juga mengeluarkan nasihat yang sama untuk kebanyakan negara Eropah dan Canada.

Mahkamah | Pengganggur didakwa pukul penghantar makanan
Seorang pengganggur didakwa di Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang penghantar makanan dengan penukul besi, Selasa lalu. Bagaimanapun, tertuduh Muhammad Aslam Hashim, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap pagi tadi.

Tumpuan AWANI 7:45 - Kritikal menjelang Aidilfitri | Virus Demam Babi Afrika
Tindakan tegas akan dikenakan terhadap peniaga yang menaikkan harga sesuka hati dan gagal patuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan. Virus Demam Babi Afrika (ASF) terus menular di Sabah, Nabawan jadi daerah kesepuluh terkesan. Perinciannya dalam AWANI 7:45 malam ini.

8 kematian baharu akibat COVID-19, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM
Berikut lima tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

'Fill and finish' vaksin Sinovac di Malaysia diluluskan
Kelulusan ini dijangka meningkatkan bekalan vaksin negara yang sebelum ini bergantung kepada produk vaksin siap yang diimport.

COVID-19: Malaysia catat 2,847 kes baharu, Selangor tertinggi
Jangkitan baharu itu melibatkan 2,843 kes penularan tempatan dan empat kes import.

Dr Afifi al-Akiti rakyat Malaysia pertama terima vaksin di Oxford
Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi al-Akiti menjadi rakyat Malaysia pertama menerima suntikan vaksin di Oxford, United Kingdom.

Dr Afifi al-Akiti rakyat Malaysia pertama terima vaksin di Oxford
Dr Afifi disuntik dengan dos pertama vaksin ketika menjalani ibadah puasa.

Tiada arahan kemasukan penonton di Stadium Darul Aman dibatalkan - Exco
Pada masa ini penonton yang telah membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan itu masih dibenarkan masuk ke stadium.

Cadangan Liga Super Eropah satu gerakan menggertak UEFA - Shahrim Tamrin
Wartawan bebas sukan, Shahrim Tamrin melihat gerakan ini adalah tindak balas kepada kebobrokan yang sekian lama berlaku dalam badan induk bola sepak Eropah itu.

Skuad projek FAM-MSN harus diteruskan - Kim Swee
Kim Swee yang mengulas mengenai prestasi buruk skuad bimbingan Yusri Che Lah itu, turut menolak idea pembubaran pasukan berkenaan.

Chelsea sekadar terikat tanpa jaringan dengan Brighton
Chelsea agak bernasib baik kerana masih mendapatkan satu mata dalam perlawanan itu, di mana Brighton bermain dengan cukup berkesan sebelum Ben White diarahkan keluar padang dalam waktu kecederaan.

Liga Super Eropah: Ia seperti kartel yang menghalang persaingan, kata Boris Johnson
Beliau akan bekerjasama dengan persatuan bola sepak kebangsaan England (FA) untuk "menentang inisiatif tersebut."

Enam kelab EPL sah tidak akan sertai ESL
Chelsea dan Manchester City terdahulu umum keputusan itu, diikuti setakat ini Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Tottenham Hotspur.

Laporan pemain muda berkelana di Jerman akan dipenjara tidak tepat
Akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan Muhammad Diniz, akan dihadapkan ke mahkamah di Jerman dalam masa terdekat.

FAM akan pastikan pemain kebangsaan di luar negara disuntik vaksin
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan berusaha untuk memastikan barisan pemain yang sedang mewakili kelab luar mendapat suntikan vaksin COVID-19 sebelum ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun ini.

Liga Super Eropah: Kami mahu selamatkan bola sepak, kata Florentino Perez
Liga Super mencetuskan spekulasi hangat apabila melancarkan laman sesawangnya Ahad lalu dengan Perez dipilih sebagai ketua pertandingan baru.

Jurgen Klopp sedih pemain Liverpool jadi mangsa kecaman Liga Super Eropah
Klopp menegaskan, bantahannya terhadap ESL tidak akan mendorongnya meninggalkan Anfield kerana berasakan dia masih mempunyai tugas untuk menjaga pemain dan penyokong.