awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelibat Arif Aiman buat FIFA terpegun

Sinar Harian
Sinar Harian
14/12/2023
09:34 MYT
Kelibat Arif Aiman buat FIFA terpegun
FIFA menyifatkan Arif Aiman sebagai salah satu prospek menarik yang dimiliki skuad negara pada masa akan datang. - Foto Bernama
PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menjangkakan bintang Harimau Malaya, Arif Aiman Md Hanapi sebagai pemain yang bakal menyinar pada aksi Piala Asia di Doha, Qatar bulan depan.
Badan induk bola sepak dunia itu menyenaraikan pemain berusia 21 tahun di samping empat pemain lain iaitu pemain Jepun, Junya Ito ; pemain Korea Selatan, Cho Gue-sung ; pemain Australia, Harry Souttar dan pemain UAE, Harib Abdalla.
Menurut FIFA, Arif Aiman menjadi nadi kepada persembahan luar biasa Harimau Malaya termasuk ketika dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 baru-baru ini.
"Malaysia semakin muncul sebagai kuasa baharu di Asia Tenggara. Harimau Malaya hanya memenangi tiga daripada 10 perlawanan mereka sebelum ketibaan jurulatih Korea Kim Pan-gon.
"Kemudian mereka berjaya menang 18 daripada 27 perlawanan mereka. Mereka juga telah membuat permulaan yang baik untuk kelayakan Piala Dunia 2026 dengan memenangi dua perlawanan pertama Kumpulan D.
"Paling ketara, mereka bangkit daripada ketinggalan 3-1 dengan baki 20 minit pada perlawanan pembukaan menentang Kyrgyzstan untuk menang 4-3. Tunjang kejayaan itu ialah Arif Aiman, yang memberikan tiga bantuan dalam kemenangan dramatik itu," kata FIFA di laman sesawang mereka.
FIFA turut menyifatkan Arif Aiman sebagai salah satu prospek menarik yang dimiliki skuad negara pada masa akan datang.
"Pemain berusia 21 tahun itu telah beraksi bersama gergasi Malaysia Johor Darul Ta'zim (JDT) dan telah meledak lapan gol serta 13 bantuan gol dalam 23 perlawanan musim ini.
"Dia menjadi terkenal selepas menjaringkan gol dalam perlawanan persahabatan menentang Borussia Dortmund akhir tahun lalu dan telah meningkat secara berterusan untuk menjadi salah satu prospek paling menarik di Malaysia," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#FIFA
#Arif Aiman
#Piala Asia
#JDT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan