SUKAN
Kem latihan 'unik' bantu kemenangan 4-0 Malaysia ke atas Vietnam - Cklamovski

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, menyifatkan kem latihan sebelum perlawanan menentang Vietnam sebagai unik dan mencabar. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan Peter Cklamovski menyifatkan kem latihan pasukan sebelum aksi Kelayakan Piala Asia AFC 2027 menentang Vietnam sebagai satu kem yang 'unik', sekali gus menekankan kepentingan membentuk semangat berpasukan dan keserasian dalam kalangan pemain.
Ringkasan AI
- Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, menyifatkan kem latihan sebelum perlawanan menentang Vietnam sebagai unik dan mencabar, memandangkan ramai pemain berada dalam fasa rehat selepas tamat Liga Super.
- Beliau menekankan kepentingan membentuk semangat berpasukan dan budaya latihan yang kukuh, serta memuji komitmen pemain baharu yang menyumbang kepada peningkatan kualiti pasukan.
- Cklamovski turut menegaskan bahawa pasukan tidak bergantung kepada kesebelasan utama semata-mata, sebaliknya membentuk satu pasukan yang seimbang dan versatil dengan mentaliti -Pasukan A-.
"...dan ia berterusan ke fasa akhir apabila kami menerima beberapa muka baharu yang menunjukkan komitmen membentuk semangat berpasukan yang sedang kami bina, juga budaya latihan yang kami bentuk. Anda boleh lihat kualiti yang semakin meningkat dalam pasukan ini," katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Bercakap mengenai percaturan pemain, Cklamovski menegaskan kepentingan memiliki skuad yang seimbang dan versatil, bukan bergantung sepenuhnya kepada barisan pemain utama yang tetap.
"Kami membuat pertukaran pemain dan mahu meningkatkan tahap permainan serta memberikan impak dari bangku simpanan. Namun, seperti yang anda tahu, kami tidak bergantung pada kesebelasan utama semata-mata. Kami adalah satu 'Pasukan A', dan itulah mentaliti yang sedang kami bentuk, dan ia meningkat dengan baik. Mentaliti dalam pasukan ini sangat kuat dan kami akan terus membinanya demi persembahan berpasukan," katanya.
Pada perlawanan malam tadi, Malaysia menamatkan kemarau sebelas tahun tanpa kemenangan ke atas Vietnam hasil jaringan Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado, Corbin Ong dan Dion Cools.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami