Indonesia terima pesawat pengangkut tentera A400M pertama

Pesawat pengangkut taktikal yang dikendalikan oleh Tentera Udara Indonesia (TNI-AU) diserahkan pada satu majlis di Pangkalan Tentera Udara Halim, Jakarta Timur. - Foto Sekreteriat Presiden Indonesia
JAKARTA: Airbus Defence and Space telah menyerahkan pesawat pengangkut tentera A400M pertama kepada Indonesia, menandakan satu pencapaian penting dalam usaha negara itu untuk memodenkan keupayaan pengangkutan tenteranya.
Ringkasan AI
- Airbus serah pesawat A400M pertama kepada Indonesia, menjadikan negara itu pengendali ke-10 pesawat pengangkut taktikal tersebut; unit kedua dijadual tiba tahun depan.
- A400M mampu bawa sehingga 37 tan muatan, beroperasi di landasan pendek, tidak berturap, serta berfungsi sebagai pesawat tangki untuk pengisian bahan api di udara; sesuai untuk misi kargo, tentera, perubatan dan bantuan kemanusiaan.
- Indonesia pertimbang integrasi kit pemadam kebakaran modular Airbus, yang membolehkan pesawat membawa dan menggugurkan sehingga 20,000 liter air atau bahan perencat bagi memadam kebakaran hutan.
"Hari ini, kami mengalu-alukan Indonesia sebagai pengendali ke-10 pesawat A400M," kata Ketua Bahagian Antarabangsa Airbus Defence and Space, Karl-Heinz Grossman sambil menambah bahawa bagi misi biasa yang membawa muatan 30 tan, pesawat itu boleh terbang sejauh 2,400 batu nautika, meliputi seluruh kepulauan Indonesia dari Jakarta.
Dikonfigurasikan untuk misi kargo, pengangkutan tentera, pemindahan perubatan dan bantuan kemanusiaan, A400M mampu membawa sehingga 37 tan dan boleh beroperasi di landasan pendek serta tidak berturap atau berfungsi sebagai pesawat tangki untuk pengisian bahan api di udara.
Indonesia juga sedang meneliti potensi integrasi kit pemadam kebakaran modular baharu keluaran Airbus, yang membolehkan kedua-dua pesawat A400M membawa dan menggugurkan sehingga 20,000 liter air atau bahan perencat bagi memadam kebakaran hutan, menurut Airbus Defence and Space.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


