KUALA LUMPUR: Nasib tidak menyebelahi lima pesilat negara selepas terpaksa akur membawa pulang pingat perak pada hari terakhir, Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara 2022 edisi kelapan di Singapura, pada Ahad.
Pada aksi yang berlangsung di Arena OCBC di republik itu, menyaksikan pesilat negara diketuai bekas juara dunia Mohd Al Jufferi Jamari, terpaksa berpuas hati gagal membutirkan pingat emas selepas kecundang di tangan lawan masing-masing daripada Vietnam.
Dalam kategori putra kelas C, Mohamad Hazim Amzad tewas kepada Vu Van Kien 19-33, sementara Mohd Fauzi Khalid dikalahkan Nguyen Tan Sang 12-36 dalam kategori putra kelas G, manakala kategori puteri kelas C menyaksikan Zulaikha Razaman terpaksa akur di tangan Le Thi Van Anh 13-25.
Mohd Al Jufferi pula yang dijadual membuat perhitungan menentang Vu Duc Hung dalam kategori putra kelas F, memutuskan untuk menarik diri berikutan kecederaan dialami selepas perlawanan separuh akhir berdepan Tito Hendra Septa Kurnia Wijaya dari Indonesia, pada Sabtu.
Sementara itu, seorang lagi pesilat Nor Farah Mazlan tewas di tangan wakil tuan rumah Nadhrah Sahrin 10-21, bagi kategori puteri kelas A.
Dalam pada itu, saingan pada Ahad turut menyaksikan empat wakil negara iaitu Mohammad Amiruddin Adzmi (putra kelas C), Billage Anak Nakang (terbuka putra 1), Luqman Laji (acara jurus tunggal Putra) dan Muhamad Robial Sobri (putra kelas J) masing-masing meraih pingat gangsa.
Pada Sabtu, dua pesilat negara Nur Syafiqah Hamzah dan Muhammad Khairi Adib Azhar berjaya merangkul pingat emas masing-masing dalam acara jurus tunggal Puteri dan kategori putra kelas B.
BACA: Nur Syafiqah raih emas sulung negara dalam Kejohanan Pencak Silat 2022
Manakala trio regu puteri yang diwakili Merrywati Manuil, Fatin Ardani Zamri dan Siti Nur Khairunnisa Hail menghadiahkan pingat perak.
Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara 2022 edisi kelapan berlangsung dari 25-27 Feb disertai lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Thailand, bertujuan sebagai medan persediaan atlet menghadapi kejohanan dan temasya sukan utama dunia tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022
Trio regu puteri yang diwakili Merrywati Manuil, Fatin Ardani Zamri dan Siti Nur Khairunnisa Hail menghadiahkan pingat perak. - Foto Facebook/Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia - Pesaka
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Kem silat negara tutup cabaran di Singapura dengan lima pingat perak
Nasib tidak menyebelahi lima pesilat negara selepas terpaksa akur membawa pulang pingat perak pada hari terakhir.
Nur Syafiqah raih emas sulung negara dalam Kejohanan Pencak Silat 2022
Nur Syafiqah mempamerkan persembahan mengagumkan yang membolehkannya mengutip 9.985 mata.