PETALING JAYA: Kem wanita nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menamatkan penantian Malaysia dengan menghadirkan dua pingat emas menerusi acara All Events dan berpasukan wanita pada hari ketiga Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway di sini hari ini.
Dalam acara All Events wanita, Afiqah Kamilia Ali menyerlah bagi keempat-empat kategori iaitu singles (1,264), doubles (1,210), Team1 (589) dan Team2 (631) dengan mencatatkan 3,694 jatuhan pin secara keseluruhan.
Atlet berusia 18 tahun itu turut membantu pasukan Malaysia A yang diwakili Intan Nor Edryana Nor Azliman, Nur Ainul Hayat Ad Nor dan Adelia Nur Irwan Syazalee untuk menjuarai acara berpasukan wanita dengan 4,720 jatuhan pin.
Afiqah Kamilia yang membuat penampilan kedua dalam kejohanan berkenaan berkata beliau tidak menyangka mampu mengatasi pencabar daripada negara lain untuk memastikan lagu Negaraku akhirnya dapat berkumandang di hadapan peminat boling tanah air.
"Saya tidak sangka dapat podium hari ini (namun) Alhamdullilah dapat dua emas. Saya berterima kasih kepada ibu bapa (serta rakan sepasukan) yang sentiasa memberi sokongan.
"Untuk acara masters selepas ini, saya tidak mahu memberi tekanan, namun pastinya akan memberi yang terbaik," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, seorang lagi atlet muda negara, Intan Nor Edryana tidak kurang hebatnya apabila menjatuhkan 3,680 pin untuk membawa pulang pingat perak bagi acara All Events wanita.
Selain itu, Malaysia B yang diwakili Amin Zulkarnain Zulkifli, Eldred Kho Yek Zhen, Muhammad Aiman Syahin dan Muhammad Aqil Faizal mendapat pingat perak acara berpasukan lelaki setelah merekodkan 4,917 jatuhan pin.
Malaysia sebelum ini hanya menuai dua pingat gangsa menerusi Ethan Damian Goh (individu lelaki) dan Qurratu'ain Izdihar Mohd Pozi (individu wanita) pada hari pertama kejohanan iaitu Selasa (18 Jun).
Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 berlangsung dari 16 hingga 23 Jun disertai 14 pasukan antaranya Malaysia, Australia, Singapura, China, Indonesia, Kuwait, Qatar, Arab Saudi, Macau dan Pakistan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024
Pasukan wanita Malaysia A berjaya memenangi pingat emas pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 di Sunway Pyramid hari ini. - Foto BERNAMA
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Wan Zarif rangkul gelaran Masters Lelaki Remaja Asia
Wan Zarif Ikram berjaya meraih pingat emas menerusi acara Masters lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23, hari ini.
Kem wanita sumbang dua emas Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia
Kem wanita menghadirkan dua pingat emas menerusi acara All Events dan berpasukan wanita pada hari ketiga Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23.
Boling: Beregu wanita sumbang emas pertama Malaysia di Bangkok
Kejayaan itu hadir selepas gandingan negara mengumpul keseluruhan 2,544 mata untuk mengatasi pencabar terdekat dari Korea Selatan.