ADA yang mengutuk pemilihan saya dalam menyenaraikan tiga pemain teratas senarai FIFA Ballon d’Or baru-baru ini, dengan kata-kata kurang manis.
Saya tidak mahu melayan kerenah wira papan kekunci yang bersembunyi di sebalik komputer riba, namun selaku satu-satunya wakil media Malaysia yang diberi penghormatan mengundi untuk anugerah anjuran bersama FIFA dengan Kumpulan Amaury yang memiliki majalah France Football, saya harus menjelaskan rasional di sebalik saya memilih trio dari Barcelona, Lionel Messi, Luis Suarez dan Javier Mascherano.
Dari satu sudut, memang benar anugerah ini menjadi satu anugerah pemain paling popular. Undian jarang-jarang sekali memihak kepada mereka yang benar-benar layak.
Trend undian akan kekal memihak kepada individu popular.
Ini bermakna pada tahun-tahun mendatang, nama-nama seperti Cristiano Ronaldo, Messi, Neymar, Gareth Bale, Arjen Robben, Cesc Fabregas, Diego Costa, Zlatan Ibrahimovic, Eden Hazard, Paul Pogba dan Karim Benzema akan terus meniti di bibir peminat, sekalipun mereka tidak mengungguli sebarang kejuaraan.
FIFA Ballon d’Or adalah anugerah yang mengiktiraf seorang individu sebagai pemain bola sepak terhebat dunia, namun ia tidak terkecuali daripada kontroversi dan krtikan.
Diwujudkan pada 2010, FIFA Ballon d’Or adalah gabungan dua anugerah – Pemain Terbaik Tahunan FIFA anjuran badan induk dunia FIFA dan Pemain Terbaik Eropah yang diwujudkan sejak 1956 hasil ilham pengarang France Football, Gabriel Hanot.
Kedua-dua anugerah ini dibezakan mengikut format undian.
Asalnya Pemain Terbaik FIFA diundi jurulatih dan kapten dari negara anggota FIFA disusuli majlis penyampaian anugerah secara gilang-gemilang di ibu pejabatnya di Zurich.
Asalnya Pemain Terbaik Eropah pula diundi oleh wartawan terpilih yang dilantik France Football.
Kelazimannya pemenang anugerah dibawa ke Paris untuk upacara penyampaian diikuti sesi penggambaran untuk menghiasi muka depan France Football. Antara syarat awal ialah pemain itu berasal dari Eropah dan harus bermastautin dan mencari rezeki di benua itu.
Maka legenda seperti Diego Maradona yang beraksi untuk Barcelona dan Napoli tidak pernah merasa nikmat memegang Bola Emas, manakala Pele yang tidak pernah bermain untuk mana-mana kelab di Eropah, turut kempunan. Hanya pada 1995 France Football meminda syarat dan membuka anugerah itu kepada pemain bukan Eropah.
Hakikatnya satu kelemahan format FIFA Ballon d’Or ialah kecenderungannya menjadi peraduan siapa lebih hebat dan siapa lebih popular.
Anugerah ini tidak lagi meraikan pemain yang cemerlang untuk kelab dan pasukan negara dengan deretan kejayaan pada satu-satu musim.
Untuk 2014, penulis memilih kapten Jerman, Philip Lahm, di tangga teratas, disusuli Manuel Neuer dan Ronaldo. Namun tiga pemain yang menduduki tangga teratas pada sudahnya Ronaldo, Messi dan Neuer.
Messi, Suarez dan Mascherano menjadi pilihan penulis untuk 2015 disebabkan ketiga-tiganya menjadi nadi Barcelona dalam merangkul lima trofi – Liga Juara-juara Eropah, Piala Kelab Dunia, La Liga, Copa del Rey dan Piala Super – sepanjang 2015.
Messi dan Mascherano turut membantu Argentina muncul naib juara Copa America manakala Suarez menjaringkan gol kemenangan Barca ketika menumpaskan Juventus pada final Liga Juara-juara Eropah, dengan statistik menakjubkan pada 2014/15 – 43 penampilan, 25 gol, 21 umpanan yang menghasilkan gol (assists), 128 percubaan dan 161 larian solo.
Biarpun Ronaldo muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah Liga Juara-juara Eropah, Real Madrid tidak menjulang sebarang gelaran.
Kenapa Mascherano? Sebab dia seorang wira tidak didendang, pemimpin dalam bilik persalinan serta bijak menyesuaikan diri sama ada selaku pemain tengah bertahan atau bek tengah.
Lagipun penulis bukan satu-satunya mengundi Mascherano. Jurulatih Guatemala, Ivan Franco Sopegno, kapten Mauritania, Oumar N’Diaye, kapten Norway, Per Cilijan Skjelbred, wartawan Fiji, Sanju Prasad dan kapten Guatemala, Carlos Humberto Ruiz meletakkan Mascherano di tangga teratas, manakala kapten Korea Selatan, Ki Sung Yueng, kapten Lithuania, Mindaugas Pankas dan pengarah teknikal Peru, Ricardo Gareca mengundi Mascherano sama ada di tangga kedua atau ketiga.
Perspektif berbeza ditawarkan Datuk Ong Kim Swee dan Safiq Rahim.
Kim Swee memilih Yaya Toure, Ronaldo dan Messi manakala Safiq mengundi Ronaldo, Alexis Sanchez dan Neymar.
Ternyata dalam mana-mana anugerah, setiap juri ada sudut pandang masing-masing.
Kriteria bagi penulis pula adalah kecemerlangan di peringkat kelab dan negara serta jumlah gelaran yang digarap sebagai simbol keunggulan individu dan etika berpasukan.
*Rizal Hashim adalah bekas wartawan Berita Harian dan The Malay Mail yang kini meluahkan pendapatnya menerusi blognya bergelar Malaysian Sports’ Loose Cannon. Rizal Hashim satu-satunya wartawan Malaysia diberi penghormatan mengundi dalam anugerah berprestij FIFA Ballon d’Or
Astro Arena
Tue Jan 26 2016
Messi (gambar), Suarez dan Mascherano menjadi pilihan penulis untuk 2015 disebabkan ketiga-tiganya menjadi nadi Barcelona dalam merangkul lima trofi Liga Juara-juara Eropah, Piala Kelab Dunia, La Liga, Copa del Rey dan Piala Super sepanjang 2015.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kenapa saya tidak pilih Ronaldo dan Neymar - Rizal Hashim
FIFA Ballon dOr adalah anugerah yang mengiktiraf seorang individu sebagai pemain bola sepak terhebat dunia, namun ia tidak terkecuali daripada kontroversi dan kritikan.