PUTRAJAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 memberi jaminan bahawa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak akan menjejaskan laluan perlumbaan itu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, laluan bagi perlumbaan itu, dijadualkan bermula 23 hingga 30 Sept ini, akan kekal seperti diumumkan tidak kira apa jua keputusan PRN melibatkan enam negeri pada 12 Ogos ini.
Namun, sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan seperti cuaca buruk dan banjir, beliau berkata, pihaknya akan membuat keputusan secara ad hoc kemudian.
"Setakat ini persiapan LTdL berjalan lancar dan kita sudah tubuhkan sekretariat. Kita juga telah meninjau laluan dengan kerjasama JKR (Jabatan Kerja Raya) dan pihak terlibat, tiada perubahan pada laluan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Sukan Remaja Komanwel di Menara KBS, di sini, pada Selasa.
LTdL 2023 melibatkan laluan di 11 negeri, akan bermula dengan Peringkat 1 dari Kerteh ke Kuala Terengganu sejauh 184.4km, Peringkat 2 Kuala Terengganu ke Kota Bharu (186.2km); Peringkat 3 Jeli ke Baling (177.1km); Peringkat 4 Bukit Mertajam ke Meru Raya (140km).
Perlumbaan itu kemudian akan berlangsung dengan Peringkat 5 dari Slim River ke Genting Highlands (133.3km); Peringkat 6 Karak ke Melaka (176.6km); Peringkat 7 Muar ke Seremban 2 (125.7km) dan Peringkat 8 Setia Alam ke Kuala Lumpur sejauh 157km.
Ahmad Shapawi turut mengesahkan pihaknya telah menyediakan hadiah wang kemenangan yang akan dibayar menerusi Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), selain giat mencari penaja untuk memeriahkan lagi perlumbaan berstatus Pro Series itu selepas mendapat peruntukan kerajaan berjumlah RM8 juta.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang lega dengan keputusan UCI untuk menyenaraikan semula LTdL 2023 dalam kalendar antarabangsanya, berharap keputusan itu meyakinkan lebih banyak penaja untuk tampil memberi sokongan.
"Kita menggesa penaja yang mempunyai minat untuk segera hubungi MSN kerana kita tidak mempunyai banyak masa. Saya percaya MSN dengan kerjasama semua pihak kita boleh jayakan LTdL kali ini, demi Malaysia," katanya.
Minggu lepas, UCI mengeluarkan perlumbaan itu daripada kalendar badan dunia susulan isu hutang penganjur terdahulu.
- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Laluan bagi perlumbaan itu akan kekal seperti diumumkan tidak kira apa jua keputusan PRN melibatkan enam negeri pada 12 Ogos ini. - Foto Facebook/Le Tour de Langkawi
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.
Poole juara keseluruhan LTdL 2024
Pelumba Britain Max Poole muncul Juara Keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 biarpun menamatkan saingan di tempat ke-35 pada peringkat terakhir.
KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL
Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.
LTdL 2024: Mamat terkedu tersingkir dari saingan
Mohd Harrif terpaksa akur dengan ketetapan itu selepas menjadi antara 18 pelumba tidak menamatkan perlumbaan dalam had masa ditetapkan.
LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok
Penutupan dan lencongan jalan akan bermula pada Selasa jam 12 tengah hari hingga 2 petang.
LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL
Pelumba berpengalaman negara, Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal LTdL 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.
Tiga pasukan pro rombak barisan pelumba hadapi LTdL 2024
Kern Pharma yang berpengkalan di Sepanyol melakukan enam pertukaran pelumba dengan mempertaruh Miguel Angel Fernandez sebagai pelumba pecut utama.