awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA

Bernama
Bernama
01/04/2023
20:30 MYT
Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Atlet terjun wanita negara Ong Ker Ying menanam misi mempertahankan legasi pingat emas negara dalam acara 3 meter (m) papan anjal wanita pada Sukan SEA, Kemboja Mei ini.
Penerjun berusia 21 tahun itu mengakui sedikit tertekan apabila menganggap tanggungjawab menyambung legasi pingat emas itu sebagai beban buatnya untuk dipikul apatah lagi buat masa ini beliau mengalami jangkitan kuman pada matanya kanannya.
Bagaimanapun, atlet kelahiran Kuala Lumpur itu tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi bagi misi memburu kejuaraan pada temasya dwitahunan itu.
"Agak tertekan untuk menggantikan Wendy Ng Yan Yee bagi mempertahankan emas tahun ini, saya sendiri tidak berapa yakin sebab sekarang saya sedang alami jangkitan mata. Sebab saya pakai kanta lekap, bila tak pakai saya tak boleh bertanding dan berlatih.
"Setiap tahun (Malaysia) memang dapat emas jadi tahun ini giliran saya untuk mempertahankan emas itu. Sebab terjunan saya masih belum stabil lagi, itu cabaran besar buat saya," katanya kepada pemberita pada Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Undangan Malaysia ke-58 di sini pada Sabtu.
Skuad negara berjaya mempertahankan pingat emas acara 3m papan anjal wanita pada Sukan SEA 2011 di Palembang dan Singapura pada 2015 menerusi Cheong Jun Hoong, dengan Wendy Ng kemudian meneruskan legasi emas pada edisi Kuala Lumpur 2017, Filipina 2019 dan Hanoi 2022.
Dalam pada itu, kejohanan terjun yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini menyaksikan Ker Ying merangkul emas dalam acara papan anjal wanita 1m dengan catatan mata 244.40 selepas membuat enam terjunan.
Tempat kedua diraih penerjun Singapura Deborah Toh yang mengutip 170.10 mata.
Bagi acara sama kategori lelaki, emas disambar atlet kebangsaan Hanis Nazirul yang meraih mata 313.40 mengetepikan penerjun Sabah Julfaddli Jali yang mengutip 256.90 mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ong Ker Ying
#penerjun negara
#Sukan SEA
#pingat emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan