Kerajaan Terengganu memberi ganjaran RM200,000 kepada jaguh lumba basikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang yang berjaya merangkul kejuaraan dunia pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Dunia 2017 di Hong Kong, baru-baru ini.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata ganjaran itu melibatkan wang tunai RM100,000, manakala RM100,000 lagi adalah bagi membiayai latihan Azizulhasni di dalam atau luar negara.
"Kejayaan ini amat membanggakan negara dan kita harap ia dapat memberi suntikan semangat kepada Azizulhasni untuk terus menempa kejayaan dalam arena berbasikal, sekaligus menjadi contoh kepada mereka yang lain.
"Kita juga tiada masalah untuk menaja pelumba ini dan menerusi skim latihan. Azizulhasni boleh memberikan perancangan sama ada untuk membeli kelengkapan atau sebagainya...sesi latihan bergantung kepada beliau," katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan wira negara itu, di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' muncul pelumba Malaysia pertama meraih gelaran dunia apabila menjuarai acara Keirin pada Kejohanan Dunia di Hong Kong, Khamis lepas.
Terdahulu, Azizulhasni diberi sambutan meriah di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, dengan kehadiran kira-kira 1,000 peminat sukan berbasikal termasuk pelumba Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG).
Beliau kemudian diarak menaiki kenderaan pacuan empat roda, sambil diiringi 200 penunggang basikal tempatan sehingga ke perkarangan Wisma Darul Iman.
Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata pihaknya juga akan terus memantau perkembangan Azizulhasni serta atlet lain dari semasa ke semasa, termasuk dari segi keperluan mereka untuk bersaing pada temasya sukan berprestij.
Beliau berkata kerajaan negeri juga berhasrat melantik Azizulhasni sebagai duta dalam bidang sukan dan pelancongan selaras dengan Tahun Melawat Terengganu 2017.
"Namun kita akan perincikan kembali perkara ini dan jika Azizulhasni mempunyai ruang dan peluang, kita akan susun program yang bersesuaian nanti," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2017
Ahmad Razif menyerahkan replika cek bernilai RM200,000 sebagai hadiah insentif dari kerajaan negeri kepada Mohd Azizulhasni pada majlis sambutan ketibaannya di Wisma Darul Iman hari ini. --fotoBERNAMA
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad
Proses agihan selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan keputusan telah diserahkan kepada Presiden UMNO.
PRN: Pas jangan terlalu yakin dapat tawan semua kerusi DUN Terengganu - Ahmad Razif
Bekas Menteri Besar Terengganu itu yakin rakyat akan membuat keputusan yang terbaik pada PRN nanti.
PRU15: Bertanding atau tidak, terserah kepada parti - Ahmad Razif
Beliau menyerahkan kepada pimpinan parti bagi memutuskan sama ada akan kekal bertanding di kerusi DUN atau sebaliknya.
Bekas MB Terengganu nafi sedia lepas kerusi DUN Seberang Takir
Ahmad Razif berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan tersebut dan terkejut apabila ramai yang bertanyakan soalan mengenainya sejak malam tadi.
Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata keputusan itu adalah hak peribadi Jailani tanpa sebarang paksaan.
Jailani lepas jawatan dalam parti
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu (2013-2018) lepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu yang digalasnya sejak Oktober 2013.
Samsuri akui Ahmad Razif pemimpin berjiwa besar, akan bekerjasama
Kedua-dua mereka dilihat berbual santai hampir 15 minit sebelum upacara menandatangani dokumen penyerahan tugas.
Pemuda BN hadiah replika helikopter untuk MB Terengganu
Ia dihasilkan khas untuk menteri besar sebagai tanda sokongan anak muda kepada kepimpinan BN.
Alaa...gaduh 'adik-beradik', tak ke mana
Selain itu, khabar angin mengatakan wujudnya kumpulan yang akan membuat bantahan terhadap individu bertanding pada hari penamaan calon itu juga meleset sama sekali.
Saya setia pada parti, tak jadi hal jika ada MB baharu - Ahmad Razif
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir itu berkata, sekiraya itu terjadi, sokongan penuh akan diberikan kepada menteri besar yang baharu.