awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Terengganu umum insentif RM15,000 kepada Qabil Irfan

Bernama
Bernama
14/12/2023
20:45 MYT
Kerajaan Terengganu umum insentif RM15,000 kepada Qabil Irfan
Qabil Irfan bersama piala Kejohanan Motosikal Siri Dunia FIM MiniGP ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, 28 Nov 2023. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu mengumumkan insentif sebanyak RM15,000 kepada pelumba cilik Qabil Irfan Azlan yang muncul sebagai juara dunia FIM MiniGP di Valencia, Sepanyol bulan lepas.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ganjaran itu sebagai menghargai pencapaian Qabil Irfan yang mengharumkan nama negeri dan negara.
Beliau berkata insentif itu juga sebagai galakan kepada pelumba cilik lain untuk mengikuti jejak langkah dan kecemerlangan Qabil Irfan dalam bidang permotoran.
"Insentif khas ini diharap menjadi pemangkin dan inspirasi kepada pelumba cilik lain untuk turut sama mencipta nama dalam sukan permotoran," katanya dalam hantaran di laman sosial Facebook rasmi beliau, semalam.
Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri sentiasa memberi galakan kepada pelumba anak negeri yang menyertai kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Menurut beliau sejak tahun lalu, pihaknya telah membiayai yuran penyertaan sebanyak RM5,000 kepada setiap pelumba selain menyediakan sebuah jentera bernilai RM40,000 untuk kegunaan Qabil Irfan.
"Kerajaan negeri juga menanggung sebahagian perbelanjaan seorang lagi pelumba cilik Hakim Danish Ramli yang muncul juara Asia Talent Cup di Indonesia tahun lalu.
Pada saingan FIM MiniGP Siri Dunia di Litar Rocardo Tormo, Valencia 23 Nov lalu, Qabil Irfan mencipta sensasi selepas memenangi tiga perlumbaan untuk muncul juara dunia dalam kelas 160cc.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#Qabil Irfan
#sukan permotoran
#insentif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan