[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Kes COVID-19 di Olimpik Tokyo meningkat kepada 148

Bernama 26/07/2021 | 09:20 MYT
Mereka yang dijangkiti virus itu akan segera dikuarantin. - Gambar/ Stadium Astro
TOKYO: Jumlah kes COVID-19 di Olimpik Tokyo meningkat kepada 148 orang, kata jawatankuasa penganjur pada Isnin.
Menurut jawatankuasa itu, 15 diuji positif termasuk tiga atlet warga asing, menurut Agensi Berita Anadolu.
Atlet berkenaan tidak tinggal di perkampungan Olimpik di Harumi, sebuah pulau buatan manusia di Tokyo Bay.
Mereka yang dijangkiti virus itu akan segera dikuarantin.
-- BERNAMA
#COVID-19 #Olimpik #Tokyo #warga asing #kuarantin #jangkitan meningkat