awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Batik Air sokong CAAM agensi tunggal kawal selia sektor penerbangan
DUNIA
UNRWA beri amaran krisis kewangan serius ancam perkhidmatannya
MALAYSIA
Belia luar bandar Sabah digesa kuasai bahasa Inggeris, rebut peluang sektor pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman

Bernama
Bernama
25/11/2024
04:06 MYT
Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
Pada 5 Mei lepas, Faisal menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, dekat sini menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan. - Gambar fail
SHAH ALAM: Siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim telah diambil alih pasukan khas Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini.
Timbalan Speaker Kamri Kamaruddin memaklumkan Pejabat DUN Selangor telah menerima maklum balas daripada Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berhubung usul 17 (1) Peraturan-Peraturan Tetap DUN Selangor yang dibawa oleh Abbas Salimmi Che Adzmi@azmi (PH-Seri Serdang).
"Maklum balas itu menyatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil serius terhadap penyiasatan kes ini dan kes telah diambil alih oleh pasukan khas daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
"Pasukan ini mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenal pasti dan menangkap suspek yang terlibat dalam kejadian ini," katanya sebelum memulakan sesi pertanyaan pada persidangan DUN Selangor di sini.
Pada 22 Nov lepas, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi memaklumkan kerajaan negeri masih belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak polis berhubung perkembangan siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC itu.
Mohd Najwan berkata pihaknya masih menunggu maklumat berkenaan untuk didedahkan susulan usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan yang mengancam nyawa serta karier atlet terutamanya bola sepak, diluluskan sebulat suara pada persidangan lepas.
Usul dikemukakan Abbas Salimmi sebelum sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal RS-1 (KSP RS-1) pada 5 Julai itu antara lain mendesak siasatan menyeluruh terhadap kes simbah asid melibatkan pemain kebangsaan dan Muhammad Faisal, telah dibahaskan oleh lima Ahli Dewan Negeri (ADN).
Pada 5 Mei lepas, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 berusia 26 tahun itu menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, dekat sini menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#DUN Selangor
#Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman
#simbah asid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami