SETELAH mengharungi pelbagai episod penuh duka, Liverpool mencatatkan rekod lapan perlawanan tanpa kalah dan mendaki sehingga ke tangga keempat liga selepas menewaskan Burnley awal pagi semalam.
Kemenangan itu hampir pasti melayakkan Liverpool ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan – satu kebarangkalian yang kelihatan agak mustahil hanya beberapa bulan lalu.
Pada Selasa malam, seteru terdekat, Chelsea, mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Leicester City yang pada asalnya menduduki tangga ketiga, sekali gus meletakkan tekanan besar ke atas Liverpool untuk mengejar.
Bagaimanapun, tekanan tersebut dihadapi dengan tenang dan Roberto Firmino, Nathaniel Phillips serta Alex Oxlaide-Chamberlain masing-masing menjaringkan gol untuk menghadiahkan kemenangan penuh bergaya buat The Reds.
Pada ketika ini, senario untuk Liverpool melangkah ke Liga Juara-Juara Eropah adalah cukup mudah; mereka wajib untuk menyamai keputusan Leicester City yang berhadapan dengan Tottenham pada Ahad ini.
The Reds sedang mendahului The Foxes daripada segi perbezaan jumlah gol dijaringkan, dengan pihak mereka menjaringkan tiga gol lebih banyak berbanding Leicester.
Malah, jika Chelsea gagal untuk menewaskan Aston Villa dalam perlawanan terakhir mereka, Liverpool mampu memintas untuk mengakhiri musim di tangga ketiga.
Dalam temu bual bersama Sky Sports, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, ternyata cukup lega.
"Hari ini bagaikan perlawanan separuh akhir buat kami.
"Perlawanan ini adalah perlawanan yang wajib dimenangi, dan kami berjaya.
"Pada ketika ini, masih tidak ada apa-apa yang boleh disahkan lagi tetapi apa yang nyata adalah kami berjaya mendaki ke kedudukan yang lebih baik dan 'perlawanan akhir' menanti.
"Kami haruslah memulihkan diri secepat mungkin, apatah lagi dengan keadaan skuad kami yang masih dilanda kecederaan pada posisi-posisi tertentu.
"Saya cukup tidak sabar untuk menantikan kehadiran 10,000 peminat di Anfield nanti," ujar Klopp sambil tersenyum riang.
Bekas pemain Liverpool yang kini berkhidmat untuk Sky Sports, Jamie Redknapp, menghamburkan pujian buat pemain pertahanan tengah, Nathaniel Phillips.
"Musim lalu, Phillips dipinjamkan ke kelab lain.
"Mungkin terlintas di fikiran bahawa dia tidak akan berpeluang untuk menjadi pemain utama kerana adanya Van Dijk dan Joe Gomez, tetapi ternyata inilah apa yang digelarkan mimpi menjadi nyata."
Seorang lagi pemain yang terpaksa mengharungi pelbagai kritikan pedas sepanjang musim, Thiago Alcantara, turut memainkan peranan penting dalam menghidupkan semula impian Liverpool.
"Thiago adalah pemain berkelas dunia, malang sekali dia tiba sewaktu pandemik COVID-19 melanda," ujar Klopp.
"Dia tiba tanpa waktu rehat yang mencukupi, dilanda kecederaan dan terpaksa memulakan semula segala-galanya bersama pasukan kami yang dilanda gelora.
"Tugasan yang diamanahkan kepadanya adalah sesuatu yang cukup berat, malah hampir mustahil, tetapi pada akhirnya, persembahan yang dia tunjukkan adalah cukup menakjubkan."
Antara kesemua pasukan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, Liverpool adalah pasukan yang paling kerap dijadikan bahan jenaka dan cemuhan.
Namun, Ahad ini, mungkin mereka yang akan melabuhkan tirai dengan senyuman girang dan mengingatkan peminat bahawa tiada apa-apa yang pasti dalam dunia bola sepak selagi wisel penamat belum dibunyikan.
Astro Arena
Fri May 21 2021
Pemain Liverpool, Mohamed Salah (kiri) dihalang pemain Burnley Charlie Taylor ketika perlawanan EPL antara Burnley dan Liverpool di Turf Moor, Burnley, England, 19 Mei, 2021. (Foto AP)
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Salah perkukuh cengkaman Liverpool di tangga teratas Liga Juara-Juara
Gol tunggal dijelmakan menerusi penalti Salah pada minit ke-63, memastikan Liverpool mengumpul 18 mata selepas mengharungi enam perlawanan.
Chelsea himpit Liverpool selepas menang di Tottenham
The Blues kini mengumpul 31 mata selepas mengharungi 14 perlawanan, empat mata di belakang pendahulu Liverpool yang kurang satu perlawanan.
WSL: Manchester United belasah Liverpool 4-0
Pasukan tuan rumah mempamerkan permulaan cemerlang dalam tempoh 30 minit pertama apabila berjaya mendahului menerusi gol Elisabeth Terland.
Salah setuju kontrak dua tahun
Satu kesepakatan dilaporkan telah dicapai kedua-dua pihak yang akan memberi kelegaan besar kepada jutaan peminat The Reds di seluruh dunia.
EPL: Cuaca buruk tunda aksi Everton-Liverpool
Langkah itu diambil selepas perbincangan di Goodison Park yang melibatkan Kumpulan Penasihat Keselamatan.
EPL: Slot anggap Liverpool 'hampir sempurna' ketika tewaskan Manchester City
Arne Slot percaya Liverpool sudah "hampir sempurna" ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Manchester City di Anfield awal pagi tadi.
EPL: Aksi cemerlang Salah pastikan Liverpool tambah kekusutan kem Manchester City
Mohamed Salah menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan ketika Liverpool menewaskan Manchester City 2-0 di Anfield.
City rapuh, Liverpool waspada
Namun, Slot tidak terlalu mempedulikan kejatuhan prestasi penyandang juara itu menjelang pertembungan 'panas' di Anfield, tengah malam ini.
UCL: Liverpool di persada Eropah benam Real Madrid
Keputusan itu menyaksikan The Reds memperoleh kemenangan pertama ke atas Madrid sejak sembilan percubaan lalu.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.